'Saya ada 8 orang anak, 7 ALLAH simpan. Seorang ni teman kami di dunia.' Mendalam perkongsian isteri Adam Corrie!

No Image Caption
A
A
A

PERSOALAN jodoh, zuriat antara isi sensitif yang ada segelintir individu enggan kongsikan dengan orang ramai. Namun, bak kata pepatah, mulut orang bukan boleh ditutup, kan!

Situasi tersebut turut dihadapi oleh isteri kepada pelakon terkenal, Adam Corrie iaitu Fazima Mohd Fuad.

Memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya, persoalan tentang anak itu sehingga kini masih diajukan. Daripada beliau tidak mempunyai anak selama 10 tahun sehinggalah sudah menimang cahaya mata lelaki, soal tersebut masih lagi diajukan. Itulah yang berlaku baru-baru ini menerusi satu perbualan suaminya dengan seorang lelaki.

Semalam.. satu kumpulan tanya cik suami sambil pandang Fateh.

A (lelaki): Wah berapa umur anak? Berapa orang dah anak?

Suami: Alhamdulillah seorang je.

A: Sorang je.. sikitnya

"Saya terus menyelit 'Alhamdulillah saya ada 8 orang anak, 7 ALLAH simpan. Seorang ni yang sanggup teman kami di dunia'.

"Memang apabila melibatkan bab anak memang kadang-kadang terasa. Tapi saya faham.. budaya orang kita suka bertanya bila nak ada nak.. sikitnya anak.. bila nak kahwin.. itu memang hakikat.

"Sekarang tengah hangat kisah JN meluahkan rasa sedih apabila netizen mempersoalkan mereka suami isteri tiada zuriat,' katanya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Fazima yang lebih mesra dipanggil Fazi juga mengatakan setiap orang perjalanan hidupnya tidak sama. Beliau sebagai insan yang pernah menghadapi situasi tersebut memahami perasaan kaum Hawa berkenaan.

"Bagi saya setiap pasangan suami isteri memang ingin mempunyai zuriat. Tetapi setiap perjalanan kita semua tak sama. Ada yang mudah dan cepat dapat zuriat, ada yang perlu lalui pelbagai ujian, baru dapat anak.. Ada yang dah usaha tapi belum lagi Allah izinkan lagi pada waktu ini.. Insya-ALLAH.

"Orang sekeliling tak tahu yang kita sebenarnya berusaha mendapatkan anak. Tak kan nak cerita setiap usaha-usaha untuk mendapatkan zuriat. Dari cara tradisional hinggalah ke cara yang moden.

"Duit tak usah cakap.. sampai berpuluh puluh ribu keluar untuk usaha dapatkan zuriat.

"Saya faham perasaan puan-puan yang masih berusaha dapatkan zuriat.

Kadang-kadang sedih tengok kawan-kawan dah anak ramai, tapi kita masih tiada lagi," jelasnya.

No Image Caption

Tambah beliau lagi, jangan bersedih dengan ujian ini, bercintalah sepuas-puasnya dengan suami. Itu yang beliau lakukan sebelum menimang cahaya mata. Pada masa yang sama jangan lupa untuk berusaha dan berdoa pada-NYA.

"Saya dulu pon selalu sedih juga dulu, tp saya cuba kawal perasaan tu. Sebab saya percaya bila tiba masanya pasti ALLAH berikan pada kita.

"Jangan sedih, bercintalah dan berbulan madulah dengan suami sepuas-puasnya.

"Itu yang saya buat, saya tumpahkan rasa cinta dan sentiasa semarakkan rasa berbulan madu dengan suami. Belajar mengenali suami sebaik mungkin. Bermanja selalu dengan suami.

"Apabila kita sudah usaha, doa & tawakal, dan ALLAH makbul doa kita dengan diberikan zuriat. Ketika itu masa kita sudah lebih tertumpu pada anak kita.

"Nak keluar tengok wayang berdua-duaan dah kena tunda hingga anak besar.

Nak tidur berkepit dah susah sikit, kerana anak tidur ditengah-tengah kita. Kita lebih peluk anak, suami sudah kurang.

"Dah ada anak kecil, kita kurang rehat, tidur tak cukup. Masa tiada anak ni, tidurlah puas-puas bersaam suami dengan tenang.

"Seperti saya katakan, ada anak adalah rezeki dan hibah yang tak ternilai. Tiada anak juga rezeki dan hibah tak nilai pengalamannya ketika berdua.

"Syukur dalam semua keadaan. Insya-ALLAH kita takkan rasa kurang dalam hidup ini,"tambahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang