Sebak! Nabila Huda menangis kesedihan, kucing kesayangan 'pergi' selamanya. 'Aoki jadi saksi kebaikan mommy & daddy'
Selepas beberapa hari ini pelakon Nabila Huda memuat naik menjaga kucing peliharaannya yang sakit, akhirnya dia memaklumkan bahawa haiwan yang diberi nama Aoki itu 'pergi' buat selama-lamanya pada pagi Rabu.
Menerusi perkongsian Nabila di Insta Story miliknya, dapat dilihat kucing kesayangannya berada dalam keadaan lemah dan keluar darah dari bahagian mulut sebelum dikejarkan ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.
Nabila yang tidak dapat menahan sebak menangis teresak-esak sewaktu menggendong kucing berkenaan di dakapannya sehinggalah dia dan suami mengambil keputusan mengebumikan Aoki di perkarangan rumah selepas didapati sudah tidak bernyawa.
Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk mummy & abi jaga Aoki sampai akhir hayat..Banyak kami belajar sepanjang jaga awak.. Walaupun kejap dan sekelip mata je semua ni jadi, mummy & abi bersyukur. Kami usaha sedaya upaya untuk jaga Aoki. Ini lah saat yang paling mummy takut. You left me today, 2 October 2024 10.05am. Rasa sakit kehilangan awak dalam hidup mummy ni memang dasyat rasa dia. Tak pernah lah rasa sesedih ni dalam hidup. Air mata saya tak berhenti mengalir setiap kali saya ingat awak. Sayang saya kat awak ni Aoki, tiada tandingan..Perit nak telan tapi ini lah takdir yang tertulis. I will always miss you and love you till my last breath. You came into my life and brought me so much happiness, joy, and countless cherished memories. You filled my days with love and comfort, and those moments we shared will forever dalam hati mummy. Terima kasih Aoki sayang mummy..Nanti kite jumpa ya sayang..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut sebak dengan pemergian haiwan kesayangan terebut. Tidak kurang juga mereka memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu supaya terus kuat walaupun faham perasaan kehilangan kucing peliharaan memang sangat memberi kesan kerana sudah dianggap seperti keluarga.
"Semoga Aoki di dalam LindunganNya dan menjadi saksi ke atas kebaikan mummy & daddy Aoki...be strong Abil"
"Be strong abil.i feel you..I teringat masa you demam..dia terkencing temankan you i think last year. Jenuh korang basuh cadar. He love both of you termasuk keisha too much..thats why he drag himself..hug you abil"
Sebelum ini Nabila Huda memaklumkan bahawa Aoki berada dalam keadaan nazak apabila disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat.
Sejak itu, beliau kerap berkongsi keadaan semasa Aoki yang terlihat sangat lemah walaupun telah mendapatkan rawatan yang kerap di klinik haiwan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang