Sedapnya lauk siput sedut! Awas, salah masak boleh undang bahaya
KEBELAKANGAN ini tular tentang siput sedut. Bukan sebab masakan atau khasiatnya, tetapi perlumbaan yang dibuat dalam kalangan siput yang diwujudkan oleh seorang pengguna TikTok. Siapa sangka, niatnya hanya membantu dengan membeli haiwan itu oleh seseorang dan berlaku insiden siput tersebut 'lari' dari dalam plastik membuatkan siaran langsungnya yang dahulu bawah 10 orang penonton kini telah meraih berpuluh-puluh ribu tontonan.
Bila sebut tentang siput seput, siapa yang menggemarinya automatik teringat masak lemak cili padi, kan? Disatukan pula dengan nasi panas, ulam-ulaman dan telur dadar memang ngamlah!
Sebenarnya, banyak kebaikan yang kita dapat dengan memakan siput sedut ini. Namun, jika tersalah makan yang tidak dimasak dengan sempurna atau dicuci dengan bersih boleh mendatangkan kemudaratan!
"Siput sedut adalah sumber protein yang baik dan mengandungi mineral penting seperti kalsium, magnesium, serta zat besi. Ini menjadikannya bermanfaat untuk membina dan memperbaiki tisu badan, serta menyokong kesihatan tulang dan imuniti.
"Namun, jika tidak dimasak dengan betul, siput sedut boleh membawa parasit dan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit serius. Siput yang hidup di perairan tercemar boleh mengandungi logam berat yang membahayakan kesihatan," kongsi Public Health Malaysia di laman Facebook miliknya.
Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat penuh siput sedut, pastikan pastikan proses memasak yang sempurna dan memastikan sumber siput dari perairan yang bersih.
Dalam pada itu, bagi yang baru ingin mencuba memasak siput sedut, ini cara mudah dan ringkas untuk membasuh siput sedut iaitu hanya menggunakan garam seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @keknanana.
Cara-caranya:
1. Cuci dan buang tanah sehingga bersih.
2. Pastikan sudah bersih dan tiada tanah kemudian potong muncung dalam 30 hingga 40 peratus.
3. Kemudian bilas sekali lagi.
4. Masukkan siput sedut dalam bekas isi air dan tambahkan garam segenggam.
5. Ambil pinggan dan tutup selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit akan nampak lendir siput keluar.
7. Bilas semula siput sedut dan basuh lagi sehingga bersih.
8. Selepas sudah siap dibasuh, bolehlah masak siput sedut itu mengikut selera masing-masing. Siput sedut ini tidak susah pun untuk dimasak, yang penting kena tahu cara.
Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang