Sedia surau & kelengkapan solat, Christy Ng raih pujian ramai. 'Minta staf doakan syarikat diberkati'

No Image Caption
A
A
A

Usahawan jenama kasut dan beg popular, Cristy Ng meraih pujian rakyat Malaysia selepas usahanya menyediakan surau baharu yang lebih selesa buat stafnya yang beragama Islam.

Menerusi perkongsian video di Tiktok beliau, Christy menunjukkan proses dari awal pembikinan surau tersebut hingga akhir.

Menurutnya, ruang itu dahulunya adalah bilik kosong yang terbiar. Memandangkan surau lama agak sempit, beliau memutuskan untuk menjadikan bilik kosong itu sebagai surau baharu demi keselesaannya pekerjanya.

No Image Caption



“Surau yang kita nanti-nantikan sudah pun siap. Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk siapkan surau ini sebab nak berikan yang terbaik.

"Ruang ini dulu adalah bilik kosong yang terbiar. Tengoklah bilik ini, agak teruk juga keadaan dia.

“Jadi, saya fikir nak buat bilik ini sebagai surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf. Baru lah solat jadi lebih khusyuk kan?” katanya.

No Image Caption



Bukan saja menyediakan ruang solat yang cantik dan selesa, Christy juga menghadiahkan telekung dan jubah untuk stafnya.

Dalam kesempatan itu, Christy sempat meminta pekerja muslimnya mendoakan agar syarikat berkenaan sentiasa diberkati dan dirahmati.

“Bila surau pun dah siap, jadi tak salah untuk minta mereka doakan agar syarikat ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Biar kita semua berada di bawah lindungan-NYA.

“Kewajipan saya sebagai seorang majikan sudah pun ditunaikan, kini tinggal kewajipan masing-masing pula. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja ya,” tambah beliau lagi.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang