'Selamat jalan pak cik Basri...' Bapa yang pernah tular ubah suai basikal berbumbung untuk anak kini 'pergi' selamanya

Sebelum ini pernah tular seorang bapa mengubah suai basikal untuk menghantar anaknya ke sekolah. Beliau telah meletakkan bumbung serta tong sampah agar si kecil itu tidak terkena panas serta hujan dilaporkan telah meninggal dunia.
Menerusi perkongsian dari Facebook Lahad Datu Info. lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Basri itu telah meninggal dunia pada 21 Februari lalu.
Dalam perkongsian tersebut, difahamkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada petang hari tersebut dan telah dikebumikan di Batu 9, Lahad Datu dan disolatkan di Masjid Kampung Bakau, Lahad Datu.


Terdahulu kisah lelaki tabah itu telah mencuri perhatian apabila dia mengubahsuai basikal dengan meletakkan bumbung dan tong sampah sebagai penghadang agar anak perempuannya tidak terkena panas dan hujan ketika ke sekolah.
Arwah yang sebelum ini bekerja sebagai penjual aiskrim selama 11 tahun secara mengelilingi kampung tidak meneruskan lagi sumber pendapatannya itu kerana masalah kesihatan yang dihadapi.
Namun, beliau tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan memastikan anak perempuannya pergi ke sekolah dengan lancar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan berita pemergian Pak Cik Basri mengucapkan salam takziah kepada keluarganya serta mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang