’Seorang buat perangai, mak ada anak lain' Nourul Depp kongsi layanan arwah ibu pada mereka 15 beradik

No Image Caption
A
A
A

ADA orang murah rezeki dari segi kewangan, ada pula dari segi anak ramai.

Bila sebut tentang adik-beradik ramai ini, bukan mudah untuk memastikan tidak timbul istilah pilih kasih atau berat sebelah. Mungkin ibu bapa jenis membahagikan kasih sayang sama rata. Namun, pasti dalam ramai-ramai ada yang membangkitkan isu 'anak kesayangan' mak ayah.

Berkongsi hal tersebut, penyanyi Nourul Depp mendedahkan beliau memiliki adik-beradik ramai yakni 15 orang keseluruhannya.

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik olehnya di Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menceritakan meskipun ibunya mempunyai seorang anak yang bermasalah, tetapi wanita itu sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

No Image Caption

"Arwah mak saya dulu mempunyai anak yang sangat ramai, 15 orang.

"Dalam 15 orang itu macam-macam perangai, ada juga yang mengecewakan mak saya.

"Saya pernah bercakap pada mak saya,’seorang buat perangai, mak ada anak lain lagi.’

"Kemudian mak jawab, ‘kau jangan silap, walaupun anak aku ramai dan hanya seorang yang buat perangai, aku tetap mahu anak bersama aku. Aku tetap bagi fokus yang sama dekat anak aku," katanya.

Dalam pada itu, Nourul juga mengatakan sikap mengambil berat terhadap anak-anak adalah sifat semula jadi yang ada di dalam hati seorang ibu.

"Mak-mak ini semua sebenarnya tamak, tamak dalam bentuk yang baik. Jadi tak kiralah dia ada anak berapa ramai sekali pun, dia tetap akan ingat juga anak-anak yang buat perangai.

"Bukan dia tak fokus pada anak-anak yang lain, tetapi dia tetap rasa bertanggungjawab untuk membantu anak yang mungkin rasa kurang diberi perhatian.

"Jadi anak-anak semua, jangan rasa mak ada anak lain jadi tidak mengapa untuk kita seorang sahaja buat perangai. Tidak," jelasnya.

No Image Caption

Untuk info, Nourul pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Ajai namun mereka berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazairah, 26.

Nourul kemudian mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, 5.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang