Suami paksa tidur, mandi bersama madu, dakwaan influencer cetus kontroversi, ini pencerahan pendakwah. 'Lambang rendah akhlak, kehinaan & menjatuhkan maruah'

No Image Caption
A
A
A

SEDANG tular di laman sosial pengakuan dua wanita tentang kehidupan bermadu yang dilalui bersama seorang pempengaruh.

Pasangan berkenaan sebelum ini terlihat baik-baik sahaja, malah keakraban menimbulkan kekaguman dan menjadi inspirasi.

Siapa sangka, rupanya ada kisah kurang enak berlaku di sebaliknya. Dua pengguna laman sosial TikTok yang pernah menjadi isteri kedua dan madu itu tampil dengan dakwaan mendedahkan nasib dilalui sepanjang bergelar isteri.

Di sebalik kemanisan bermadu yang dipertontonkan di laman sosial, kedua-duanya berkongsi permintaan pelik bekas suami yang didakwa mahu isteri-isteri mandi dan tidur bersama.

Pendedahan tersebut menerima pelbagai pandangan dan reaksi orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Ia juga mendapat perhatian daripada penyampai radio dan pendakwah, Ustaz Tajdid Hadhari yang berkongsi perbuatan tersebut adalah haram,

"Apabila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam 'bersama' tersebut sebenarnya ia tidak boleh. Hukumnya haram.

"Dalam hadis Riwayat At Tabrani, perbuatan tersebut dinamakan sebagai mushaqah atau sihaq.

"Nabi bersabda, perbuatan sihaq atau melihat aurat sesama sendiri antara dua orang perempuan itu, hukumnya adalah zina.

"Bahkan dalam sebuah hadis Nabi bersabda, janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain. Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula jika melakukan hubungan intim. Tak boleh, hukumnya haram," kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Ustaz Tajdid berkongsi pendapat ulama yang menegaskan perbuatan berkenaan tidak dibenarkan.

"Dalam pendapat ulama Ibnu Kudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami berkenaan tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berhubungan intim, dan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan.

"Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka, tidak boleh sekalipun reda keduanya. Namun, jika rumah yang sama, tetapi bilik berbeza maka dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu sama.

"Itu yang dinyatakan oleh Ibnu Kudamah. Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan budaya yang bukan budaya kita, bahkan ia melambangkan kehinaan. Walaupun kedua-duanya isteri kepada seorang suami tersebut tapi perlu dijaga adab," ujarnya.

Rakaman penstriman langsung dua wanita itu bertebaran di laman sosual TikTok menimbulkan rasa pilu. Dakwa mereka, bekas suami tidak hanya memukul, malah turut menyeksa wanita itu apabila menuntut cerai hingga sanggup menuduh menghidap HIV selain dipanggil pelacur.

Difahamkan, lelaki itu juga meminta isteri kedua melangsaikan hutangnya berjumlah RM23,000 dan mengugut akan mencari perempuan lain jika tidak berbuat demikian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang