Sweet Qismina guna AI bayang diri hamil raih perhatian warganet. 'Doakan ada penghuni dalam rahim awak nanti'
SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
Begitu juga dengan pelakon, Sweet Qismina yang tidak menafikan dirinya turut memasang impian untuk bergelar seorang ibu.
Baru-baru ini, pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi itu meraih perhatian ramai di platform TikTok selepas memuat naik satu hantaran berbentuk visual memperlihatkan dirinya sedang berbadan dua, namun ia dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Bayangkan diri saya mengandung. Insya-ALLAH suatu hari nanti.
"Semoga ALLAH memberi rezeki zuriat, amin,” tulis Sweet ringkas.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin turut berkongsi kisah mereka dalam usaha mendapatkan zuriat, atau lebih dikenali sebagai fasa ‘Trying To Conceive’ (TTC).
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar Sweet dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata apabila tiba waktunya.
Saya pernah down gila sebab ada yang cakap 'badan besar susah nak mengandung tau', lepas sebulan nikah terus tahu saya mengandung. Diam terus diorang. Saya doakan ada penghuni dalam rahim you nanti.
Saya ibu mengandung. Saya doakan Sweet juga dapat rezeki zuriat. Aamiin Doakan saya dipermudahkan bersalin awal bulan Julai ini ya.
Saya pernah TTC... satu hari saya berniat untuk berhenti ambil apa-apa suplemen, ubat dan vitamin sebab saya rasa badan saya dah terlalu banyak ambil ubat dan suplemen. Dua bulan lepas berhenti, Alhamdulillah... ALLAH bagi rezeki.
Sekadar info, Sweet dan suaminya yang juga pelakon, Adam Lee, mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
