Tak bercukur ketika bersanding, wanita 'bermisai' rai keunikan diri. 'Bukan untuk memuaskan mata ramai orang.'

No Image Caption
A
A
A

SETIAP orang mempunyai kecantikan yang tersendiri. Kadangkala, keunikan yang ada pada fizikal seseorang bukan tanda kecacatan, tetapi simbol tarikan istimewa mereka.

Misalnya, wanita berkumis ini menjadi perhatian ramai pada hari bersejarahnya apabila beliau memilih untuk tidak mencukur misainya ketika berkahwin.

Dalam satu perkongsian di TikTok, pengantin yang bernama Wilda itu berdiri teguh dengan prinsip hidupnya sendiri dengan berbuat demikian.

Malah, tuan punya badan menyifatkan bahawa, solekan yang tular itu dibuat atas kemahuan dan kepuasan diri dan bukanlah untuk memuaskan hati semua orang.

“Kawan-kawan, tujuan aku solek bukan untuk memuaskan mata banyak orang. Tapi bentuk aku menghargai diri sendiri di hari bahagia.

“Sebab itulah aku tak nak cukur kumis atau kening,” katanya.

No Image Caption



Dalam pada itu, memetik artikel dari Hello Doktor, umumnya kaum hawa yang memiliki misai atau jambang mengalami satu kondisi yang dinamakan hirsutisme.

Hirsutisme ialah keadaan biasa yang boleh berlaku kepada beberapa individu kesan daripada faktor genetik. Sekiranya ibu atau kakak anda memiliki kondisi ini, maka kemungkinan besar anda juga boleh mengalaminya.

Ia merupakan pertumbuhan rambut berlebihan yang terjadi kepada wanita.

Jika diperhatikan, rerambut yang tumbuh pada wanita akibat kondisi ini adalah lebih kasar dan gelap, dan akan tumbuh di bahagian yang kebiasaannya tumbuh pada tubuh badan lelaki iaitu wajah, dada, paha dan punggung.

Kebanyakan wanita tidak memerlukan rawatan perubatan. Terapi mungkin boleh memperbaiki keadaan hirsutisme, tetapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan kesan. Adalah mustahil untuk mencegah hirsutisme.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang