Tak perlu cuti panjang, umrah 9 hari jadi pilihan dengan 1,600 jemaah diterbangkan awal musim

No Image Caption
A
A
A

MENUNAIKAN umrah bukan lagi sesuatu yang hanya dirancang selepas bersara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai yang memilih untuk ke Tanah Suci lebih awal, ketika masih muda, masih aktif bekerja, dan dalam fasa hidup yang padat dengan rutin harian. Ibadah ini kini lebih mudah diatur, sesuai dengan gaya hidup moden yang menuntut perjalanan yang ringkas, fleksibel dan terancang.

Ia mungkin bukan berita besar yang tular di media sosial, namun cukup untuk memberi gambaran bagaimana pelaksanaan umrah kini semakin dekat dengan masyarakat, bukan lagi eksklusif untuk golongan tertentu, sebaliknya boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang bersedia, walaupun dengan masa yang terhad.

Menariknya, sebahagian besar jemaah memilih untuk menyertai pakej umrah selama sembilan hari tujuh malam.

No Image Caption

Pakej ringkas ini sebenarnya semakin mendapat tempat, terutama dalam kalangan individu yang bekerja, berniaga sendiri atau pasangan muda yang masih membina kehidupan.

Tempoh yang tidak terlalu panjang ini membolehkan mereka tetap beribadah tanpa perlu mengorbankan banyak masa kerja atau tanggungjawab keluarga. Ia menjadi solusi kepada mereka yang ingin ke Tanah Suci tetapi terikat dengan rutin harian yang padat.

PEMBUKA TIRAI

Menurut Pengarah Urusan In Saff Travel, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi, penerbangan pada awal Julai itu merupakan pembuka tirai kepada musim umrah tahun 2025.

Tarikh 1 Julai lalu menjadi permulaan musim baharu bagi 259 jemaah dari Malaysia yang berangkat menunaikan umrah menerusi penerbangan khas yang dikendalikan oleh In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pihaknya turut bekerjasama dengan Amal by Malaysia Airlines dan telah menempah enam penerbangan khas bagi dua musim akan datang. Ini satu peningkatan besar berbanding hanya dua penerbangan khas yang mereka kendalikan pada tahun sebelumnya.

No Image Caption

“Kempen ini adalah trip edisi khas dan kami bekerjasama dengan Amal by Malaysia Airlines yang mana sebanyak enam penerbangan telah ditempah khas dan membawa 1,600 jemaah menunaikan umrah bagi dua musim akan datang,” katanya lagi.

Bukan sekadar tempoh perjalanan yang lebih fleksibel, waktu pemilihan juga semakin diperhalusi.

Ramai jemaah kini lebih gemar memilih musim yang kurang sibuk untuk mengerjakan umrah. Selain harga yang lebih berpatutan, suasana di Tanah Suci juga lebih tenang dan selesa.

Faktor ini memberi peluang kepada jemaah untuk beribadah dalam keadaan yang lebih khusyuk, tanpa perlu bersesak atau tergesa-gesa. Ada juga yang menikmati kelebihan seperti diskaun kecil jika membuat tempahan awal, namun yang paling dihargai oleh jemaah adalah kemudahan, bimbingan dan perjalanan yang terurus.

Di sebalik nama In Saff Travel, tersimpan cerita yang cukup menarik. Agensi ini diasaskan oleh empat orang anak muda Malaysia yang pernah menuntut di Universiti Ummul Qura, Makkah.

Mereka ialah Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Ahmad Falaahuddin Jasni.

No Image Caption

BENTUK REHAT ROHANI

Dengan pengalaman mereka sendiri sebagai pelajar dan perantau di bumi Makkah, mereka mempunyai kefahaman mendalam tentang selok-belok ibadah umrah dan keperluan jemaah dari Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat tersebut  kini memiliki lebih 30 cawangan di seluruh negara.

Apa yang mereka bawa bukan sekadar pakej atau jadual perjalanan, tetapi pengalaman dan bimbingan daripada mereka yang pernah melalui kehidupan di Tanah Suci sendiri.

Dalam dunia yang semakin sibuk dan pantas, kehadiran agensi yang memahami keperluan spiritual dan praktikal seperti ini memberi nilai tambah kepada pengalaman ibadah umrah hari ini.

Maka tidak hairanlah jika perjalanan ke Tanah Suci kini dilihat sebagai satu bentuk rehat rohani, bukan hanya untuk golongan veteran, tetapi juga generasi yang sibuk mengejar kehidupan.

Ia menjadi satu ruang untuk berhenti sejenak, menenangkan jiwa dan menyusun semula arah hidup. Kerana yang paling penting, bukan sejauh mana kita pergi, tetapi ke mana hati ini dibawa sepanjang perjalanan itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang