Tegas! Dr Ahmad Sanusi beri teguran fesyen songsang. 'Lelaki jangan berpakaian wanita'

No Image Caption
A
A
A

SELAIN daripada kepaduan suara penyanyi dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung semalam, fesyen tetamu yang hadir juga menjadi perhatian orang ramai.

Namun begitu, dalam memenuhi undangan dengan pemakaian yang cukup glam tersebut bukan menjadi tiket seseorang itu memakai pakaian yang berlainan jantina.

Pagi tadi, seorang Ahli Akademik, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi ada membuat teguran di laman Instagram miliknya yang tegas menulis supaya lelaki jangan berpakaian seperti wanita.

No Image Caption



Dalam perkongsian itu juga, beliau sempat berkongsi bahawa Islam melarang perbuatan tersebut beserta hadis, iaitu:

Lelaki jangan berpakaian wanita

===========

Heboh di media sosial tentang lelaki yang berpakaian wanita dalam sebuah majlis di ibu negara.

Pada hakikatnya, Islam melarang sebarang perbuatan songsang dan luar tabi'i. ALLAH melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah ﷺ:

لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ

“ALLAH melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).

Dalam menangani isu ini, Rasulullah melarang segala perbuatan yang mezahirkan penampilan yang mengelirukan. Malah Rasulullah melaknat mereka yeng berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ

“Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki.” (HR Abu Daud)

No Image Caption



Dalam pada itu, beliau turut membuat teguran supaya tidak menormalisakan dan meletakkan sokongan terhadap individu yang berubah jantina. Bagi beliau, menjadi tanggungjawab sesama muslim untuk mencegrah kemungkaran.

Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi cubaan menormalisasi dan mengiktiraf dan elgeebitee yang jelas bertentangan dengan syarak.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah:

ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

Semoga ALLAH membimbing kita.

Berseronok jangan sampai melampaui batas agama. Wallahualam..



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang