‘Terbaik kapten! Dia ingat anak patung ke main seret macam tu.’ Netizen sokong tindakan Intan Sarah pertahan rakan sepasukan

PERLAWANAN bola sepak wanita antara Malaysia dan Tajikistan semalam mencetuskan kontroversi di media sosial apabila tersebar satu video pendek yang menunjukkan insiden panas di tengah padang.
Dalam video tersebut, pemain Malaysia, Eusvewana Kadius dilihat terbaring di atas padang akibat kecederaan. Tiba-tiba seorang pemain lawan dipercayai dari pasukan Tajikistan didakwa cuba menarik keluar Eusvewana dari padang perlawanan.
Tindakan itu nyata mengundang rasa kurang senang ramai termasuk kapten pasukan negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli yang pantas tampil mempertahankan rakan sepasukannya.
Intan Sarah dilihat berdepan dengan pemain lawan tersebut dalam satu aksi tegang yang sempat dirakam dan dimuat naik ke media sosial.
Ramai netizen memuji tindakan Intan Sarah yang dianggap berani dan tegas dalam mempertahankan rakan sepasukan.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah daripada pelawak terkenal Harith Iskander yang menulis: “You go girl!” bersama emoji api sebagai tanda sokongan terhadap semangat kesukanan Intan.
Komen lain pula lebih pedas. Ada yang menyifatkan perbuatan pemain lawan itu sebagai tidak beradab dan beretika, mempersoalkan kenapa perlu heret pemain yang sedang cedera dan belum menerima rawatan.
Seorang pengguna bernama @shaz_shazy menulis, “Member tengah injured terbaring tu…boleh opponent tarik heret mcm tu…mana captain tak marah…adab takde ke taji nih.”
Ramai juga yang kagum dengan aura kepimpinan Intan Sarah yang meskipun sedang beraksi dalam perlawanan kompetitif tetapi tetap utamakan keselamatan rakan.
Momen ini menjadi bukti bahawa bola sepak bukan sekadar soal jaringan gol tetapi juga soal solidariti, empati dan semangat berpasukan.
Walaupun setakat ini tiada kenyataan rasmi dari FAM atau pihak lawan berkenaan insiden itu, namun netizen terus hangat memperkatakan hal ini di media sosial.
Ada juga yang mencadangkan agar tindakan seperti ini tidak dibiar berulang kerana ia boleh membahayakan pemain yang sedang mengalami kecederaan.
Dalam keghairahan mengejar kemenangan, pemain perlu sedar akan batasan dan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan rakan dan lawan.
Apa pun, kita ‘tabik’ semangat Intan Sarah yang bukan sahaja sebagai kapten di atas padang,tetapi juga sebagai pemimpin yang tidak gentar bersuara bila rakan sepasukan dilayan tidak adil.
Syukur dalam perlawanan itu, Malaysia berjaya menewaskan Tajikistan dalam aksi kedua kelayakan Piala Asia Wanita 2026.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang