Tulisan anak macam 'cakar ayam' dan tidak kemas, rupanya ada kaitan dengan penggunaan walker!
DAH kalau namanya anak kecil, kita faham keadaan mereka yang mempunyai tulisan seperti 'cakar ayam'. Menulis menggunakan tangan, sebenarnya sangat membantu kanak-kanak menguatkan aspek skil motor mereka.
Namun, rupa-rupanya ada maksud yang tersendiri apabila penulisan anak yang tadi tidak cantik dan kemas terjadi meskipun usia mereka sudah meningkat. Melalui perkongsian seorang Terapi Cara Kerja (OT) bertauliah, Maryam Jamadi, terdapat 8 perkara perlu diperiksa oleh ibu bapa apabila terjadinya penulisan anak sebegini.
Tulisan anak kurang cantik dan kemas
1. Perkembangan motor kasar
Kalau perkembangan motor kasar lewat dan tak develop cantik, memang motor halus confirm tak cantik.
2. Perkembangan motor halus
Makan pakai sudu pun tumpah, butang baju pun tak pandai, memang confirm tulisan pun tak kemas.
3. Berapa lama boleh duduk di kerusi (sitting tolerance)
Kiraannya 1 tahun 3 minit, anak umur 5 tahun sepatutnya minimum boleh duduk fokus 15 minit. Kalau kurang dari ini, maksudnya anak ada masalah fokus. Bila menulis pun asal boleh asal siap.
4. Anak terlampau suka melukis
Ini pun jadi faktor, si kecil rasa buang masa menulis. Setakat menyalin. Lagi seronok melukis, boleh berimaginasi tiada peraturan itu ini.
5. Pegangan pensil tak okey
Pegangan pensil pun masih palmar grasp; mempengaruhi kekemasan penulisan.
6. Belum bersedia
Ada anak yang lambat timbul rasa minat nak develop skil menulis, jadi dia tak mahu menulis lama. Develop minat dulu, baru mula belajar.
7. Ada masalah visual
Perlu periksa mata kalau perasan anak ada tanda-tanda rabun. Umur 6 tahun dah boleh bawa jumpa optometris untuk regular checkup mata.
8. Otak lagi laju dari tangan
Otak dah fikir ke depan, tangan lambat bergerak. Jadilah tulisan cakar ayam. Ini kebanyakan anak yang jenis aktif akan ada masalah ini atau anak ADHD.
Dalam pada itu, Maryam juga tidak ketinggalan berkongsi cara bagi mengelakkan tulisan anak kecil menjadi kurang cantik. Paling mengejutkan, salah satu punca keadaan itu terjadi disebabkan oleh penggunaan walker!
Jadi, ibu bapa di luar sana, boleh elakkan daripada kejadian berkenaan berulang pada anak yang lain, ya.
Nak elakkan tulisan anak tak cantik:
- Jangan beri anak guna walker.
- Fasa merangkak selama 6 bulan.
- Develop motor kasar.
- Pergi bawa anak ke taman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Bergayut, memanjat, main buaian.
- Beri anak main conteng-conteng seawal umur 1 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang