Wajib makan roti canai hari-hari & fasih cakap Melayu loghat Terengganu, keluarga Mat Saleh ini buat ramai terpukau!

No Image Caption
A
A
A

BOLEH dikatakan bahasa Melayu antara perantara komunikasi yang paling senang nak dipelajari oleh warga asing di seluruh dunia.

Bahkan, ia pernah menduduki tempat pertama bahasa paling mudah di Asia yang dipaparkan menerusi portal esl-languages.com dan thelanguagedoctors.org.

Jadi, tak hairanlah kalau warganegara asing yang tinggal lebih setahun boleh fasih cakap Melayu walaupun ada pelat sikit-sikit.

Barangkali disebabkan mudahnya nak belajar cakap orang lokal membuatkan satu famili dari Amerika Syarikat jadi tumpuan netizen.

Mana tidaknya, perkongsian video pendek oleh pemilik TikTok, @muslieyusof membuatkan ramai teruja terutamanya melihat si cilik yang berselera makan roti canai dengan tangan.

No Image Caption

Bukan setakat itu jer, pasangan suami isteri Mat Saleh tersebut fasih berbahasa Melayu dan berbual mesra dengan pemilik yang bertanyakan asal usul mereka.

Lagi mencuri perhatian netizen, warga asing yang mesra disapa Osmand rupa-rupanya sudah menetap di Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sekali pandang, memang nampak macam orang tempatan dengan loghat Terengganu.

No Image Caption

Setelah diselidik, lelaki itu sedang belajar di institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang bersama isteri serta dua anaknya yang comel.

Setiap bual bicara antara @muslieyusof dan Osmand macam kawan baik ketika kali datang makan ke gerai itu.

“Alhamdulillah...pelancong dari USA mari repeat plok makan roti canai, satey, nasi minyok dan lemak...siap kabo anok-anok dia kata roti canai dan sate sini sangat sedap,” tulisnya.

No Image Caption

Tatkala ditanya kenapa suka makan roti canai, Osmand memberitahu, semua makanan Malaysia okey dan sedap.

“Tiga tahun sudah duduk sini dan pagi-pagi mesti makan roti canai. Anak-anak sudah suka sangat makan.

“Bolehlah promote makan roti canai di sini sebab sedap,” katanya yang melayan soalan cepu emas daripada tauke kedai.

Satu lagi video sama yang dikongsikan pemilik Warung Satey Chikeng Mamamia itu juga memberitahu, Osmand sudah dua kali datang makan di kedainya.

Namun kali ini, beliau membawa isteri dan anak-anak sekali untuk makan di sana.

No Image Caption

“Osmand bangga bila saya beritahu ramai rakyat Malaysia memuji beliau dan keluarga kerana fasih berbahasa Melayu walau hanya baru tiga tahun berada di bumi Malaysia.

“Malah, Osmand juga memuji rakyat Malaysia yang rata-rata berbudi bahasa, ramah dan sangat baik hati. Paling dia kagum, rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang aman harmoni walau berbagai kaum,” kongsinya.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian video tersebut berasa terharu apabila orang luar pandai cakap Melayu.

“Suka pulak tengok, sopan je pakaian wife dia..sangat bagus tengok pada pergaulan family ni, pandai dan cepat sesuaikan diri dengan lifestyle orang Malaysia...” - AQMA

“Bagus betul family mat Saleh ni..baru tiga tahun dok sini dah fasih cakap Melayu...elok cakap Malaysia....tidak terbulu-bulu.” - Rosmalinaali

“Tiga tahun, dah pandai berbahasa Malaysia dan pandai makan guna tangan.” - Mazlan64_

“Bahasa Indonesia dan Malaysia bahasa yang paling senang belajar kat dunia.....pernah terbaca kat mana info lupa....” - Khatam12

“Berselera si kecik tu makan.” - Daneazack

“Cukup respect. Mereka hormat dan belajar budaya dan bahasa tempatan. Moga mereka juga menerima hidayah.” - Zaradi Zainon

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang