Harumkan nama Malaysia, anak sulung Lan Solo juara tarian di Paris
TAHNIAH buat penyanyi Lan Solo atas kejayaan puteri sulungnya, Nur Amna Qaleesya, 15, muncul juara kategori tarian kuartet di 3rd International Competition ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis.
Nur Amna dan pasukan yang mewakili Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL) membawa pulang tempat pertama dan anugerah tertinggi iaitu Grand Prix terdahulu menerima ucapan tahniah daripada bapanya menerusi Instagram.

"Yeay kita menang. Kakak dan team tari SSEMKL menang!
"Alhamdulillah, hadiah hari Jumaat yang indah untuk team tari Sekolah Seni Malaysia KL.
"Tahniah buat semua yang terlibat! Daddy tak tau nak tulis apa sebab daddy tiada di sana. Nanti kalian balik ceritakan ok!
"Apa pun tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia! Kami bangga!" kongsi Lan.
Nur Amna dan kumpulan tarian SSEMKL difahamkan berada di Perancis sejak dua minggu lalu diiringi guru dan ibunya, Nur Sheila Hassim.
Sementara itu, SSEMKL menerusi laman sosial Facebook mengucapkan tahniah buat pelajarnya yang melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

Kuartet yang diwakili empat pelajar bidang seni tari iaitu Nur Amna Qaleesya, Emmylis Damia Azuan, Adriana Nur Alya Qistina Mohd Uyub dan Putri Diana Ellysa binti Zainol Abidin itu telah menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding antaranya Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia.
"Kemenangan ini merupakan bukti bahawa bakat dan semangat juang mereka yang tinggi mampu menembusi sempadan dunia!
"Terima kasih kerana telah mengangkat nama sekolah dan nama negara dengan penuh bermaruah.
"Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kejayaan bertaraf dunia! Teruskan melakar kejayaan!
Sebanyak 64 penyertaan dari seluruh dunia bertanding dalam di Festival Antarabangsa Les Étoiles de Paris 2025.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
