Wanita jadi mangsa cabul ketika joging waktu malam di Melaka! 

No Image Caption
A
A
A

NIAT bersenam bertukar detik ngeri apabila seorang wanita berdepan detik cemas selepas menjadi mangsa cabul oleh seorang lelaki ketika sedang berjoging di Taman Rekreasi Bukit Serindit pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Ketika kejadian, lelaki terbabit difahamkan telah cuba menarik wanita berkenaan masuk ke kawasan semak untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Saya dimaklumkan ada berlaku kes cabul ketika mangsa sedang berjoging. Dia dipeluk dari belakang, mulutnya ditekup dan cuba ditarik ke dalam semak.

"Nasib baik ada orang lalu dan membantu," katanya.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Mohd Noor Helmy memaklumkan bahawa suspek kini berada dalam tahanan polis.

"Rasa macam baru sahaja saya buat hantaran tentang kes cabul di Taman Bandaraya Bukit Serindit, pencabul sudah pun ditangkap.

"Buat yang kena tangkap, pandai-pandailah bawa diri dalam sel tu," ujarnya secara sinis.

No Image Caption



Dalam pada itu, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, pihak polis telah menahan seorang lelaki berumur 27 tahun yang disyaki mencabul wanita terbabit.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Permohonan reman ke atas lelaki berkenaan telah dibenarkan selama empat hari sehingga 14 April 2025 dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau denda atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Polis Melaka turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti, khususnya jika bersendirian, bagi mengelakkan insiden tidak diingini.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang