'Yang lebur akan diserah dalam bentuk jongkong.' 9 bulan menanti, Kieda syukur barang kemas RM800,000 disamun akan dikembalikan

No Image Caption
A
A
A

KES pecah rumah melibatkan usahawan pemanis mulut Kieda Crepe pernah menjadi perhatian.

Dalam perkembangan terkini, usahawan wanita itu berkongsi rasa syukur penantiannya untuk mendapatkan semula barang kemas yang disamun bakal menjadi kenyataan.

Kieda atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais, 28, menerusi TikTok berkata kesemua inidvidu terbabit telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda sebanyak setiap seorang.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

"Pihak polis hubungi saya maklumkan, Orang Kena Tuduh (OKT) yang pecah masuk rumah saya nak mengaku bersalah.

"OKT telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara dan denda RM20,000 setiap seorang.

"Andai kata mereka tidak dapat membayar RM20,000 tersebut, hukuman penjara selama lapan bulan akan ditambah," kongsinya.

Sembilan bulan menunggu penyiasatan kes berkenaan diselesaikan pihak berkuasa, Kieda tidak henti menitipkan syukur.

"Barang-barang kemas saya akan dapat semula.

No Image Caption

"Bagi barang kemas yang sudah dileburkan, tuntutan akan dibuat melalui resit atau pihak kedai emas perlu mengembalikan ia dalam bentuk jongkong emas kepada saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Kieda mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

Malah ibu kepada dua cahaya mata itu juga meluahkan syukur segala dipermudahkan disebabkan keberkatan harta yang diraih dengan cara halal.

"Ribuan terima kasih buat semua pihak Polis Diraja Malaysia, pendakwa raya dan hakim.

"Terima kasih untuk doa-doa kalian. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan ALLAH dan moga ALLAH memberkati rezeki yang dicari setiap hari.

"Alhamdulillah. Rezeki kieda cari berkat," kongsinya.

Imbas kembali, pada April 2024 kediaman Kieda di Kepala Batas, Pulau Pinang dipecah masuk empat individu menerusi sebuah tingkap yang dicungkil dan disepak.

Ia hanya disedari Kieda dan suaminya selepas pulang dari berniaga kira-kira jam 11.40 malam.

Peti besi yang mengandungi barang kemas dianggarkan seberat 200 kilogram bernilai RM800,000didapati hilang.

Keempat-empat pelaku ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada awal Jun 2024 dengan hanya barang kemas bernilai RM40,000.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang