Zara Zya dedah lelaki menyamar jadi dirinya, tipu mangsa. 'Dakwa ada hubungan & bakal berkahwin masa terdekat'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan usahawan popular, Zara Zya, tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Hazri Hisyam Ab Wahab menyamar sebagai dirinya untuk memperdaya orang ramai.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin di laman Instagram miliknya, memaklumkan lelaki tersebut menggunakan pelbagai helah termasuk menghantar mesej secara bertulis dan bercetak melalui aplikasi WhatsApp semata-mata untuk memperdaya mangsa dan meraih wang.

“Dia cipta cerita kononnya ada projek usaha sama antara saya dan syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Malah, dia turut mendakwa saya ada hubungan istimewa dengannya dan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Semuanya tipu semata-mata,” ujar beliau.

No Image Caption



Zara turut menegaskan bahawa beliau tidak mengenali individu berkenaan, namun lelaki itu pernah beberapa kali datang ke gerainya semasa Ramadan lepas dan membeli kambing perap dalam jumlah yang banyak atas alasan untuk infaq.

“Saya terkejut dan malu apabila perkara ini disampaikan sendiri oleh mangsa kepada pengurus saya, @jamal_salleih. Laporan polis telah pun dibuat dan Mohd Hazri Hisyam diminta membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.

No Image Caption



Menurut Zara, individu tersebut telah dihubungi oleh pihak polis untuk membantu siasatan namun sehingga kini masih gagal tampil dengan pelbagai alasan.

No Image Caption



Zara juga memaklumkan perkara tersebut telah dirujuk kepada pihak peguamnya dan memberi tempoh 24 jam kepada Mohd Hazri Hisyam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, atau berdepan tindakan saman fitnah di mahkamah.

“Ini soal maruah dan nama baik saya. Jika dia masih berdiam diri, tindakan undang-undang akan diambil bagi membersihkan nama saya daripada fitnah ini,” tegasnya.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang