Kuetiau Kungfu juadah berbuka memang menggiurkan
BARU menginjak hari ketiga berpuasa pasti ada yang mula kehilangan idea memikirkan menu untuk juadah berbuka.
Selalunya, nasi akan menjadi pilihan juadah berbuka. Jadi, apa kata kali ini kita membuat satu kelainan dengan mencuba resipi Kuetiau Kungfu.
Anda tidak perlu risau senarai bahan berjela dan langkah yang sukar kerana menu ini sungguh mudah untuk disediakan.
Bersama ini SinarPlus berkongsi resipi Keutiau Kungfu daripada pengguna Facebook, Nurha Muhammad.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak hidangan itu.
BAHAN-BAHAN UNTUK KUETIAU
- 1 paket kuetiau
- 3 senduk kecil minyak masak
- 3 biji telur
- ½ sudu kecil lada putih
- Garam
Baca juga: Tak Cukup Segelas, Resipi Air Laici Coconut Jelly Memang Menyegarkan!
CARA MEMASAK
1. Bahagikan kuetiau kepada tiga bahagian kemudian cuci dan toskan.
2. Pecahkan telur, masukkan lada putih, garam kemudian kacau sehingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan celupkan satu bahagian kuetiau ke dalam mangkuk berisi telur.
4. Goreng kuetiau seperti menggoreng telur dadar.
5. Apabila ia kelihatan garing, angkat dan toskan.
6. Kemudian teruskan menggoreng kuetiau sehingga habis.
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
- 3 biji bawang putih diketuk
- 1 bahagian isi ayam
- 10 ekor udang dan sotong
- 1 batang lobak merah
- 4 biji anak jagung
- 2 pokok sayur kailan
- ½ sudu lada putih
- 3 sudu sos tiram
- ½ kiub ayam
- 3 sudu tepung jagung
- Air
- Garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali bersama dua sudu minyak masak.
2. Apabila kuali panas masukkan bawang putih dan kacau sehingga menjadi keperangan.
3. Kemudian masukkan isi ayam bersama sos tiram.
4. Selepas ayam kelihatan sudah masak, masukkan air, lobak merah, jagung muda dan batang kailan yang telah dipotong.
5. Setelah kuah mendidih, masukkan udang, sotong, kiub ayam kemudian masukkan bahan perasa iaitu lada putih dan garam secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
7. Siap! Sedia untuk dicurahkan ke atas kuetiau yang telah digoreng.
Pergh! Sungguh lazat resipi yang SinarPlus kongsikan pada kali ini.
Selamat mencuba!
Baca juga: Sambal Tumis Ikan Kembung Nampak Biasa, Tak Sedar Buat Nasi Bertambah
Baca juga: Memang Mengiurkan, Resipi Gulai Ikan Ayo Tambat Selera Satu Keluarga. Kena Cuba Ni
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang