Kuih lompang umpama air tangan ibu mudah untuk disediakan

A
A
A

TIDAK lengkap rasanya jika berbuka tanpa adanya pemanis mulut.

Selalunya kalau berbuka di kampung halaman bersama keluarga, kuih muih itu pasti tidak ketinggalan.

Ibu pasti sibuk di dapur menyiapkan kuih kesukaan anak mereka, bukan satu jenis, bukan dua jenis tapi bermacam-macam jenis kuih yang disediakan.

Kali ini SinarPlus akan berkongsi satu resipi kuih tradisional iaitu kuih lompang.

Terima kasih kepada pengguna Facebook Jaja Noriza kerana berkongsi resipi.

Bahan-bahannya mudah untuk didapati di kedai runcit berdekatan rumah anda.

Cuma proses membuat kuih ini tidak akan menjadi sekiranya kalian tidak mempunyai acuan kuih lompang.

Jangan pula kalian membancuh adunan tanpa menyedari bahawa kalian tidak mempunyai acuan.

Baca juga: Guna Teknik Kukur Kelapa Bikin Inti Kuih Sopang Jadi Enak Dan Lembut

Berikut perincian resipi dan cara penyediaannya:

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 6 cawan air
  • 1 sudu besar air kapur
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Acuan kuih lompang

CARA PENYEDIAAN

1. Campurkan gula merah, gula pasir, tepung gandum, tepung ubi, air dan air kapur ke dalam satu bekas dan kacau sehingga gula larut.

2. Kemudian, tapis bancuhan tersebut ke dalam bekas yang lain.

3. Seterusnya, sapu minyak masak di dalam permukaan acuan kuih lompang.

4. Panaskan periuk kukusan dan panaskan acuan selama lima minit.

5. Kemudian, tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.

6. Setelah selesai proses mengukus, sejukkan kuih tersebut sebelum mengeluarkannya daripada acuan.

7. Seterusnya, gaul kelapa bersama sedikit garam.

8. Setelah kuih telah dikeluarkan daripada acuan, taburkan kelapa di atas kuih lompang.

Bagi menghasilkan rupa kuih lompang yang sempurna, Jaja Noriza berkongsi tip iaitu

  • Untuk mendapatkan hasil permukaan yang melengkung, pastikan acuan dipanakan terlebih dahulu.
  • Kukus kuih dengan menggunakan api yang besar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Buah Tanjung, Pemanis Mulut Jarang Jumpa. Istimewa Ketika Majlis Bertunang, Hantaran Kahwin

Baca juga: Tiga Proses Mudah Buat Nagasari, Noor Elenna Kongsi Tip Kuih Cantik, Gebu

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca