Buntu jerawat masih terus menghantui kulit muka? Ini produk berkesan dari Jepun yang boleh dicuba
MUKA berjerawat sememangnya boleh menjejaskan keyakinan dan harga diri seseorang secara serius.
Memahami masalah tersebut sering melanda ramai pengguna, jenama nombor satu Jepun untuk kulit berjerawat, Mentholatum Acnes memperkenalkan dua lagi varian produk baharu iaitu Mentholatum Acnes Postbiotics Cleanser dan Mentholatum Acnes Oil free Gel Lotion.
Berikut perincian mengenai kedua-dua produk:
Mentholatum Acnes Postbiotics Cleanser 100g (RM25.90)
-Diperbuat daripada formula bebas sabun asid amino yang hampir dengan paras pH semula jadi kulit. Ia akan memberikan pembersihan yang lembut, namun berkesan tanpa meninggalkan sebarang rasa kulit tegang.
-Membantu mengekalkan keseimbangan kulit sihat dan melawan punca jerawat bakteria.
-Inovasi ini juga membantu mengawal pengeluaran minyak, membuka pori-pori dan menanggalkan sel kulit mati untuk memulihkan kesihatan kulit.
Cara penggunaan:
-Basahkan muka dahulu dan kemudian gunakan sedikit Mentholatum Acnes Postbiotics Cleanser dengan menambah sedikit air.
-Kemudian, urut muka perlahan-lahan sebelum dibilas. Gunakan setiap hari, pagi dan malam.
Mentholatum Acnes Oil-free Gel Lotion, 145ml (RM35.90)
-Losen ini mengandungi penyerapan tinggi asid hyaluronik (HA) dan centella asiatica yang berfungsi untuk melembap dan melegakan kulit yang berjerawat.
-Ia mengandungi 10 hydroxydecanoic acid, salicylic acid dan pionin yang mengawal sebum berlebihan dan membuka pori-pori tersumbat untuk mencegah jerawat.
-Produk ini memberikan penghidratan yang mendalam dalam bentuk molekul halus Nano HA yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penghidratan kulit yang dipertingkatkan
Cara penggunaan:
-Selepas rutin pembersihan, sapukan losen secara rata pada muka dan leher.
-Gel 2-dalam-l ini berfungsi sebagai losen dan pelembap untuk memastikan kulit sentiasa segar serta terhidrat sepanjang hari.
Mentholatum Acnes Postbiotics Cleanser dan Mentholatum Acnes Oil-Free Gel Lotion boleh didapati di Watsons dan platform e-Dagang seperti Shopee.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk baharu, layari https://www.facebook.com/MentholatumAcnesMY
BACA LAGI: Jerawat tumbuh di bahagian muka, jom kenali apa puncanya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang