SUDAH menjadi lumrah wanita menyukai kecantikan, tidak kira sama ada pada usia muda mahupun tua.

Penampilan menjadi keutamaan sebelum kaki melangkah keluar dari rumah. Kata orang, keterampilan yang kemas akan meningkat keyakinan diri.

Kecantikan yang dimaksudkan bukanlah hanya fizikal semata tetapi ia juga merangkumi aspek dalaman wanita.

Untuk memastikan gaya menawan, ada satu perkara yang para wanita perlu jaga iaitu pemakanan.

Berikut enam makanan yang baik untuk kulit dan juga kesihatan tubuh badan, ini yang perlu wanita ketahui:

1. Lada benggala merah

Semakin meningkat usia, satu perkara yang paling ditakuti oleh wanita iaitu kedutan pada wajah. Namun begitu, masalah ini boleh di atasi dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi seperti vitamin C.

Lada benggala merah merupakan salah satu makanan yang kaya dengan vitamin C malahan lebih tinggi daripada limau.

Terdapat satu kajian di United Kingdom yang melibatkan seramai 4,025 orang wanita mengambil vitamin C. Terbukti bahawa pengambilan vitamin itu dapat mengurangkan kedutan serta kekeringan kulit pada wajah.

2. Ketumbar


Pengambilan ketumbar dalam pemakanan amat baik untuk sistem penghadaman kerana ia menggalakkan detoksifikasi dengan membantu mengeluarkan logam berat daripada badan.

Mengurangkan toksin di dalam badan juga akan membantu menyingkirkan lebihan lemak serta dapat mengurangkan masalah selulit.

3. Ubi keledek


Ubi keledek kaya dengan vitamin dan juga mineral seperti vitamin A, vitamin B6, vitamin C, mangan dan potasium.

Baca juga: Pelihara diri daripada sinar UV, berikut senarai antara krim pelindung matahari terbaik

Untuk pengetahuan anda. wanita merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mendapat masalah kesihatan sehingga memberi kesan kepada pengelihatan seperti penyakit diabetes.

Oleh itu, pengambilan ubi keledek amat digalakkan kerana ia mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk mata.

4. Cendawan Shiitake


Satu kajian di dalam Biological Trace Elemental Research menyatakan bahawa individu beruban pada usia yang muda disebabkan oleh kadar copper yang rendah di dalam tubuh badan.

Hal itu akan menyebabkan rasa keyakinan diri merosot kerana penampilan tidak seiring dengan usia.

Oleh itu, amat disarankan untuk para wanita untuk mula memasukkan cedawan Shiitake ke dalam diet seharian kerana ia dapat membantu menghasilkan pigmen untuk kulit dan rambut.

Iklan

5. Air detoks


Air detoks sebenarnya baik untuk memulihkan kembali lingkaran bawah mata yang gelap yangkebiasaannyadisebabkan oleh masalah tidak cukup tidur serta dehidrasi.

Bagi yang ingin menghilangkan lingkaran gelap, disarankan untuk memotong beberapa buah sitrus (termasuk kulitnya) kemudian, rendam bersama air ais dan minum.

Pengambilan air detoks akan membantu tubuh badan mengimbangi tahap elektrolit dan mengeluarkan berat air berlebihan.

6. Natto


Natto merupakan makan tradisional Jepun yang diperbuat daripada proses penapaian kacang soya dengan bakteria yang meningkatkan nilai nutrisi kacang.

Iklan

Natto tinggi dengan vitamin K2 yang penting untuk kesihatan kardiovaskular dan tulang malahan, ia juga membantu menegangkan kulit.

Di samping itu, natto juga merupakan sumber probiotik yang baik untuk usus.

Justeru, untuk kekal cantik dan sihat, diet pemakanan perlu dititik beratkan kerana tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil.

Sumber: Eat This, Not That!

Baca juga: Wanita bertudung alami masalah rambut? Berikut 13 tip penjagaannya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI