Tip penjagaan wajah: Elak 5 makanan ini supaya tidur tak terganggu

PERASAN tak meskipun sebelum melelapkan mata kita sudah mengaplikasi serum, krim malam dan krim mata, namun kondisi kulit wajah kekal tidak bermaya pada keesokan harinya. Mengapa?

Ironinya, antara kesilapan wanita apabila terlalu menumpukan rutin penjagaan wajah, tetapi mengabaikan waktu tidur yang sepatutnya.

Secara purata, golongan dewasa memerlukan tempoh masa tidur antara 7 hingga 8 lapan jam setiap hari. Pada masa sama, disarankan tidur selewat-lewatnya sebelum jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Iklan
Iklan

Ini disebabkan tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja membuatkan tubuh badan lesu, malah kulit wajah juga terjejas.

Perkara tersebut turut diakui oleh Pakar Dermatologi, Pusat Perubatan Universiti Cleveland, Amerika Syarikat (AS), Dr. Baron, yang pernah menjalankan kajian berkenaan.

Menurut beliau: “Hasil kajian mendapati tidur yang tidak cukup memberi impak pada kesihatan kulit wajah. Selain kelihatan kusam, masalah penuaan juga akan berlaku sebelum masanya.

“Walaupun wanita mengoles bermacam-macam produk, namun masalah kulit wajah khususnya lingkaran hitam bawah mata sukar untuk dirawat sekiranya individu menikmati waktu tidur yang singkat.”

Pun begitu, sedar tak, tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja berlaku dek badan atau mental terlalu penat, silap memilih makanan turut mengundang permasalahan terbabit.

Justeru, bagi membantu mendapatkan tidur yang berkuati tanpa sebarang gangguan segmen, Sihat Cantik kali ini berkongsi 5 makanan yang perlu dielakkan sebelum tidur. Antaranya ialah:

1 Kopi


– Minuman berkafein ini akan menyukarkan kita tidur

2 Coklat


– Membuatkan perut lapar sekali gus menganggu waktu tidur

3 Keju


– Ia memberi gangguan pada perut

4 Makanan pedas


– Hidangan ini boleh menyebabkan pedih hulu hati dan kesukaran mendapatkan tidur yang nyenyak

5 Biji bijan


– Membuatkan perut tidak selesa sepanjang malam

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

4 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

18 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

22 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

23 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

23 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago