JENAMA kasut terkemuka tempatan sejak tahun 1978, LARRIE memperkenalkan dua inovasi pelapik dalam kasut (insole) terbaharu demi penjagaan kaki yang lebih baik sepanjang masa.

Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation, Lenson Chong berkata, pemakaian insole yang bersesuaian adalah penting untuk mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan, menyelaras dan mengurangkan sakit kaki.

Mengambil kira kepentingan itu, Lenson berkata, Larrie memperkenalkan dua jenis insole berinovasi tinggi untuk kaum Adam dan Hawa.

Rebound Foam Footbed kami reka khusus untuk para lelaki, sementara LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles didesain khas untuk digunakan oleh wanita.

LARRIE

“Kita kena teliti dalam pembelian insole. Jika tidak, ia berkemungkinan akan memberi kesan kepada kesihatan kaki. Mungkin tumit dan sendi kita akan sakit,“ ujarnya yang turut mencadangkan insole ditukar setiap enam bulan.

Beliau berkata demikian sempena LARRIE Insole Talk bersama Pakar Perubatan Sukan, Dr Laston Choong di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

LARRIE

Berbanding dengan jenama lain, Lenson menambah, insole daripada Larrie dilengkapi dengan lapisan antibakteria yang menjamin lebih keselesaan kepada pemakainya.

 

“Setiap insole juga direka dengan free-size. Ini bermakna setiap pembeli boleh memotongnya mengikut saiz kaki sendiri dengan mudah.

LARRIE

“Selain itu, insole Larrie direka khas berbentuk U yang berfungsi menstabilkan tumit, mengurangkan ketegangan, keletihan dan tekanan semasa hentakan pada setiap langkah,“ jelasnya lagi.

Sementara itu, Dr Laston berkata, insole yang dihasilkan oleh Larrie memenuhi kriteria yang diperlukan dalam penjagaan kaki.

Baca juga Clarks & Larrie serlahkan gaya pada Aidilfitri, selesa dipakai untuk berjalan jauh

“Pemilihan insole yang tepat dari segi material, fungsi dan desain penting kerana setiap manusia memiliki saiz tapak kaki yang berbeza. Insole jenama ini memenuhi apa yang diperlukan oleh tapak kaki.

LARRIE

“Selain memberi keseimbangan dan kestabilan, material ini dapat membantu membentuk kaki dan mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang lebih baik,“ katanya.

Baca juga Eksklusif kasut ilham daripada rapper terkenal, Jaden Smith X New Balance. Memang laku keras!

Kedua-dua insole Larrie dijual pada harga bermula RM39 hingga RM99.

Iklan

Untuk informasi lanjut, layari www.larrieshoes.com atau kunjungi cawangan butik berhampiran.

LARRIE

PERADUAN SINARPLUS X LARRIE

Senang jer nak menang!

Anda boleh menyertainya dengan mengisi pautan/link soalan yang disediakan (di bawah) ATAU dengan mengisi borang yang disediakan menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar SINAR AHAD.

Klik link: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTK2wiLSkgYMbEU0l4oORxy6q7-2WQOd5sDHooSm3DYwLrcQ/viewform?usp=pp_url

Iklan

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tarikh tutup 31 Ogos 2023.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Ikuti Instagram Larrie @mylarrieshoes.
2. Ikuti Instagram SinarPlus (@sinarplus)/TikTok (sinarplus)/Facebook (sinarplus).
3. Pastikan akaun Instagram/TikTok/Facebook anda dalam tetapan publik (bukan private).
4. Nyatakan username Instagram/TikTok/Facebook untuk kami buat semakan.
5. Peserta perlu nyatakan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan nombor kad pengenalan.
6. Untuk urusan pemenang dan pemberian hadiah, pihak kami akan WhatsApp baucar dan kod hadiah anda.
7. Hadiah tidak boleh diganti dengan wang.
8. Borang jawapan peraduan mestilah daripada akhbar Sinar Ahad asli, bukan fotostat.
9. Anda juga boleh menyertai peraduan ini secara online. Layari sinarplus.sinarharian.com.my untuk dapatkan link borang peraduan, isi dan terus hantar.
10. Jika melalui keratan akhbar asli, anda boleh pos peraduan SinarPlus X Larrie melalui alamat tertera di bawah.
11. Opsyen lain, anda juga boleh e-mel kami (rencana.sinarharian@gmail.com) dengan tangkap layar borang jawapan peraduan. Dengan syarat, borang peraduan adalah asli daripada akhbar Sinar Ahad. Bukan fotostat.
12. Borang penyertaan perlu sampai kepada pihak SinarPlus selewat-lewatnya 31 Ogos 2023.
13. Nama pemenang akan diumumkan di semua platform media sosial SinarPlus pada waktu yang ditetapkan.
Peraduan SinarPlus X Larrie terbuka untuk semua rakyat Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang