Lay’s jenama kerepek kentang nombor satu dunia perkenal 3 perisa baharu

Lay’s, jenama kerepek kentang nombor satu dunia membawa berita baik kepada semua rakyat Malaysia apabila memperkenalkan edisi terhad tiga perisa baharu yang ikonik, kata Pengarah Komersil, Pepsico Foods Malaysia, Singapura & Kepulauan Pasifik, Aditya Ahuja.

Ia terdiri daripada Lay’s Spicy, Lay’s Tomato Ketchup dan Lay’s Chili Lime.
“Kami berbesar hati memperkenalkan produk terkini Lay’s.

Lay’s Spicy mengambil ilham perisa pedas hebat dari Korea, sementara Lay’s Chili Lime berkongsi rasa yang kaya dari Mexico. Lay’s Tomato Ketchup pula mewakili kesedapan sajian Amerika yang klasik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran inovasi terbaharu itu di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Daripada tiga perisa, lidah penulis lebih memilih Lay’s Spicy yang kaya dengan rempah-ratus Korea. Tidak terlalu pedas, ia sememangnya menepati selera masyarakat Malaysia.

Lay’s Tomato Ketchup menggabungkan rasa tajam, manis, masam dan masin juga enak untuk dinikmati. Setiap kunyahan akan membawa pengguna seolah-olah sedang menikmati hidangan klasik ala Amerika atau barbeku.

Sementara, ramai yang berkata, Lay’s Chili Lime umpama menikmati semangkuk tomyam yang menyegarkan.

Semua produk Lay’s boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara dan melalui platform Shopee dan Lazada.

Iklan

 

BACA JUGA: Remaja 13 tahun dapat habuan lebih RM80,000 hanya kerana terjumpa keropok yang berbentuk unik

Iklan

BACA JUGA: Beg tangan paling kecil! Halus daripada sebutir garam dijual pada harga RM298,413

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!