SERUNDING selalu menjadi kemestian bagi warga Pantai Timur. Tidak ditambah kelapa parut, serunding atau juga dikenali sebagai serunding menggunakan seratus peratus isi ikan, ayam atau daging yang disiat halus-halus dan dimasak dengan santan serta rempah-rempah hingga kering.

Salah satunya ialah serunding ikan. Walaupun simple namun rasanya memang mengancam habis! Rasa berlemak dan penuh rasa ikan, sesiapa pun tak mampu menolak.

Selain dimakan sebagai cecahan dan inti pulut panggang, serunding ikan boleh dijadikan stok kecemasan bersahur. Pemilik resipi, Alin berkongsi cara mudah pembuatan serunding ikan.

Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

“Semua homemade, serunding untuk stok puasa nanti. Popia nak bagi dekat mak dan saudara-mara. Resipi serunding saya halalkan ,” katanya yang turut menggunakan serondeng yang dimasak untuk pembikinan Popia Simpul Kasih.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Elok berderai, penuh dengan rasa ikan, berikut adalah resipi serunding ikan sardin oleh Alin.

Baca juga: Wanita ini gantikan tuhau dengan bunga kantan untuk buat serunding. Rasanya memang wow sangat!

SERUNDING IKAN

Bahan-bahan
– 1 kg ikan sardin
– 7 ulas bawang merah * [BELI DI SINI]
– 5 ulas bawang putih * [BELI DI SINI]
– 1 biji bawang besar * [BELI DI SINI]
cili kering mengikut selera * [BELI DI SINI]
– 1 kotak (200 ml) santan [BELI DI SINI]
– 3 keping asam keping [BELI DI SINI]
– 1 keping gula Melaka [BELI DI SINI]
– 2 inci halia *
– 2inci kunyit *
– 2 inci lengkuas *
– 3 batang serai*

Cara penyediaan
1.Kisar halus semua bahan bertanda *.
2. Rebus ikan dan toskan. Asingkan tulangnya dan kisar kasar.
3. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
4. Masukan isi ikan dan gaul sebati.
5. Kemudian masukan santan, asam keping, gula melaka dan garam.
6. Masak ia sehingga kering kira-kira dalam masa dua jam.

Iklan


6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Baca juga: Mudahnya bikin popia seaweed… ringan, rangup je hasilnya

Selamat mencuba!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi