Lebih 21 ribu share! Popia carbonara cendawan inti padu ini wajib dicuba

INGINKAN menu untuk sarapan atau minum petang yang mudah, boleh cuba buat popia carbonara cendawan ini.

Senang jer, bahan yang nak digunakan pun tak banyak dan sedap pula tu.

Bukan macam popia biasa, tapi inti carbonara ini penuh dengan cebisan cendawan enoki dan shitake pasti membuatkan anda menjilat jari.

Creamy… memang padu rasanya. Sesuai dihidang ketika musim sejuk-sejuk ni.

Bahan-bahannya;

  • Mentega
  • 7 ulas bawang putih dipotong dadu [Beli di sini]
  • Cendawan enoki dan shitake dipotong kecil [Beli di sini]
  • Kiub pati ayam
  • Buah lemon
  • Whipping cream [Beli di sini]
  • Keju
  • Kulit popia
  • 1 tin sos carbonara (brand suka hati)
  • Air

Cuba juga Resipi mudah jem tat nanas cantik berserat hanya 4 bahan, pakai pemarut legend

Kredit foto: arianna kitchen

Cara membuatnya;

1. Tumis bawang putih dengan mentega, masukkan sos carbonara. Gaul hingga masak sekata.

2. Perahkan lemon dalam setengah biji, masukkan kiub pati ayam. Seterusnya masukkan whipping cream. Kacau-kacau rata.

3. Masukkan kepingan keju untuk jadi creamy, tambahkan sedikit air.

4. Masukkan cendawan, ratakan dan biarkan sekejap. Sedia untuk dibalut kulit popia.

Cara balut popia:

1. Letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit popia. Lipat kulit popia kemas-kemas dan padat.

Iklan

2. Kemaskan dia dengan sapukan sedikit bancuhan tepung gandum bersama air.

Cuba juga Sedapnya putu piring perisa kaya dan pandan, air tangan remaja ini memang wow!

3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk bahagian chill dulu setengah jam.

4. Panaskan minyak, dah goreng dalam minyak yang panas.

5. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam freezer. Bila nak makan, gorengkan je.

Iklan

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.

Sumber: arianna kitchen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.