LEBIH 21,000 perkongsian di laman social Facebook, resipi sardin homemade dikongsi Eniza M. Salim ini menarik perhatian.

Muak dengan ayam dan telur, sesekali ‘pekena’ sardin homemade memang sedap. Sudahlah tulang ikan pun lembut, bila buat sendiri terjamin kualiti bahan dan kebersihannya.

Eniza berkongsi bahan dan langkah demi langkah buat sendiri lauk sardin yang confirm jadi ni.

Baca juga: Sardin tin makin mahal? Wanita kongsi homemade guna pressure cooker

“Pertama kali mencuba resepi homemade sardin. Saya beli ikan sardin segar saiz kecil segar RM8 sekilo. Yang diguna tak sampai satu kilogram. Tomato puree tin medium, RM3.20.

“Bahan-bahan semua sudah ada di rumah. Saya dapat dlm tiga bekas. Rasa sos lebih kurang sama dengan sardin tin, tulang-tulang ikan semua lembut boleh dimakan setelah dimasak dgn periuk tekanan hampir dua jam.

“Sardin tak rasa hanyir. Ia juga tanpa bahan pengawet. Memang puas hati dengan resepi ni. Selamat mencuba kepada semua,” katanya yang memberi kredit kepada empunya resipi asal.

Baca juga: Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat

SARDIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia (tidak perlu banyak)
3 sudi besar cili kering kisar
Sebiji tomato dipotong dadu
5 biji cili di belah dua
4 sudu besar cili sos
Sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air (ikut kepekatan)
2 biji limau nipis/ kasturi untuk memerap

Iklan

Baca juga: Spaghetti sardin kena selera orang kita, mudah sahaja buat di rumah

Ikan sardin segar digunakan Eniza (Kredit foto: Pexels)

LANGKAH PENYEDIAAN
1. Ikan disiang, potong ekor dan kepala dan dibersihkan.
2. Perap 10 minit dengan 1 sudu besar garam dan dua biji limau nipis atau kasturi.
3. Sesudah perap basuh semula dan toskan air. Ketepikan.
4. Kisar semua bawang, halia dan tomato yang dibelah
5. Tumis sehingga wangi dalam minyak yang banyak, kira-kira suku cawan.
6. Apabila sudah garing dan wangi masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
7. Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan lain kecuali air.
8. Kacau lagi bagi sebati.
9. Cuba rasa masin, manis dan masamnya. Jika dah ok tambah dua cawan air. Tak payah banyak sangat dan kacau sebati.
10. Masukkan ikan
11. Tutup periuk tekanan dan setkan masa lebih kurang 80 minit. Tulang akan jadi agak lembut.
12. Bila dah cukup masa, lepaskan wap tekanan mengikut arahan pressure cooker masing-masing.
13. Saya stir fry sikit dalam dua minit bagi kuah pekat dan sedia untuk dihidang.

Baca juga: Sardin tin masak lemak cili padi lebih sedap daripada guna ikan segar

Iklan

Sumber: Eniza M. Salim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi