MASALAH tumit merekah boleh berlaku kepada sesiapa saja. Bukan tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, banyak faktor yang menyebabkan bahagian itu kering dan pecah.

Apatah lagi jika selalu pijak lantai, tumit makin teruk dan rekahan makin dalam.

Paling menyakitkan mata kalau ia kehitam-hitaman, nampak kotor dan tercalar penampilan.

Penguna Facebook, Siti Norshafika Amran berkongsi tip tumit merekah kembali bersinar dalam masa lima minit.

Tak perlu renyah banyak perkakas, petua ini hanya guna dua barang je.

“Jangan pandang rendah tumit merekah. Tumit pun ada nak kena lawa dan flawless juga,” katanya.

Baca juga:Cara berkesan lembutkan tumit kaki yang merekah

Bahan-bahan

Limau nipis atau lemon
Garam
Berus gigi

Langkah-langkah

1-Celupkan limau ke dalam garam.

2-Sapu limau dengan sedikit tekanan pada tumit yang kasar dan hitam.

3-Gosok perlahan hingga tumit menjadi licin kembali.

4-Anda boleh menggunakan berus gigi selepas limau habis digunakan.

10 INFO TUMIT MEREKAH

1-Menurut Dr Zubaidi Ahmad, bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.

2-Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.

3-Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.

4-Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik.

5-Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.

Iklan

Baca juga: Beauty is pain- 4 tip elak sakit pakai tumit tinggi

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

6-Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.

7-Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

8-Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.

9-Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering.

10-Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.

Iklan

11-Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.

Baca juga: Petua hilangkan sakit kaki. Tak perlu pergi spa, boleh buat sendiri di rumah

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

12-Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.

Sumber: Siti Norshafika Amran, Dr Zubaidi Ahmad

Baca juga: Pening kepala kulit kaki banyak parut! Guna lima bahan semula jadi ini untuk merawatnya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.