Lembut sedap dimakan sejuk-sejuk, ini cara buat sendiri taufu fa. Renyah tapi mudah je bersih pula tu

PASTI ramai yang kenal taufu fa kan? Bukan sahaja dalam bulan Ramadan, malah di bulan-bulan yang lain pun taufu fa menjadi kegemaran ramai tidak kira waktu.

Ada yang suka makan taufu fa panas-panas dan ada juga yang suka makan selepas disejukkan.

Semuanya sedap! Jadi, apa kata anda cuba buat taufu fa ini di rumah, tak sampai sejam pun dah siap tau!

Selain enak dinikmati bersama keluarga, ia juga dijamin kebersihannya.

Menurut empunya resipi Siti Zarina Jaidon, bahan utama untuk membuat taufu fa adalah GDL (glucono-delta-lactone). Ia merupakan serbuk putih untuk membekukan air soya. Boleh dibeli di kedai bakery.

Bahan bahan;

  • Bahan A:
  • 500 gram kacang soya ( basuh dan rendam 5 jam ) – ( nak guna lebih kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
  • 3200 ml air atau lebih untuk kisar kacang soya

Cara membuatnya;

  1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis (guna kain cotton)
  2. Sukat tiga liter air soya letak dalam periuk letak tiga daun pandan dan didihkan atas dapur.
  3. Kena selalu kacau biar tak hangit. Dan bila dia mendidih air soya akan naik ke atas so memang kene rajin kacau lagi-lagi bila air soya dah start nak mendidih.
  4. Pastikan juga air soya cukup masaknya kalau tak, jadi kurang sedap.
  5. Dah mendidih tapis dalam satu bekas yang senang dipegang.

Cuba juga Buat sendiri solok lada tak susah pun, puas hati makan. Wanita tunjuk cara frozen untuk Ramadan

Bahan B:

  • 1 1/2 sudu teh GDL
  • 1 sudu + 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu air soya yang belum dimasak

Cara membuatnya;

Iklan
  1. Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B, kacau rata.
  2. Sediakan satu bekas, tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya ditapis juga biar halus taufu fa tu.
  3. Tuang serentak dalam bekas semuanya. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
  4. Biarkan dua jam atau hingga suam baru boleh diceduk.
  5. Sementara tu boleh sediakan air gula.

* Tiada resipi untuk ni. Agak-agak je.

Bahan air gula:

  • Air
  • Gula/gula melaka
  • Daun pandan

Cuba juga Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

Cara membuatnya;

Iklan
  1. Buat biar agak manis.
  2. Tapis dan sejukkan
  3. Bila dah agak sejuk, buang sedikit bahagian atas taufu fa itu (berbuih dan agak kering).
  4. Sendukkan dalam bekas dan letak air gula. Siap bolehlah dijamu selera bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zarina Jaidon

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.