LENGKAP dengan serum dan teknologi kalis peluh.

Peneraju jenama kecantikan halal dari Indonesia, Wardah Beauty (Wardah) memperkenalkan produk penjagaan wajah kulit terbaharunya, Wardah UV Shield Light Matte Sunstick SPF 50 PA++++.

Inovasi baharu tersebut merupakan siri keempat yang dilancarkan sebelum ini iaitu Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ , Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++ dan Wardah UV Shield Active Protection Serum SPF 50 PA++++.

Menariknya tentang produk perlindungan matahari itu, ia direka dalam bentuk stick yang lebih mudah digunakan oleh si pemakai.

Selain bebas alkohol, seperti yang diperkatakan tadi, Wardah UV Shield Light Matte Sunstick SPF 50 PA++++ turut dilengkapi dengan serum vitamin E, primer dan teknologi kalis peluh bagi memberikan perlindungan dan keselesaan yang menyeluruh.

Duta produk yang juga pelakon, Qasrina Karim berkata, produk tersebut sesuai untuk digunakan oleh semua pengguna terutamanya buat mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan banyak melakukan aktiviti di luar.

“Dengan bentuk stick, ia sebenarnya lebih mudah digunakan dan orang tiada masalah untuk terus mengaplikasikannya terus pada wajah. Kandungan tambahan seperti serum dan primer juga membolehkan solekan bertahan lebih lama sepanjang hari. Satu lagi, pelindung matahahari ini tidak melekit dan akan membuatkan wajah kita terasa lebih halus,” katanya ketika ditemui pada program pengenalan Wardah UV Shield Light Matte Sunstick SPF 50 PA++++ di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

BACA JUGA Kulit bersih tanpa cela dalam masa 2 minggu dengan Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum

BACA JUGA Serum penggalak Hada Labo H A Supreme bantu redakan kerengsaan kulit. Hasil tindak balas pun cepat!

Iklan

Qasrina menambah, inovasi hebat daripada Wardah tidak hanya digunakan oleh kaum Hawa sahaja, malah kaum Adam juga dialu-alukan.

Dalam pada itu, Pengurus Jenama, Wardah International Marketing, Wanda Ismarosa Fatima berkata, syarikatnya akan terus berusaha menawarkan produk penjagaan kulit yang mampu memenuhi pelbagai jenis keperluan pengguna di Malaysia.

Dengan bentuk stick, ia sebenarnya lebih mudah digunakan dan orang tiada masalah untuk terus mengaplikasikannya terus pada wajah. Kandungan tambahan seperti serum dan primer juga membolehkan solekan bertahan lebih lama sepanjang hari. Satu lagi, pelindung matahahari ini tidak melekit dan akan membuatkan wajah kita terasa lebih halus.”

“Saya juga yakin produk terbaharu yang diperkenalkan ini akan diterima dan disukai oleh pengguna di Malaysia, sekali gus dapat memperluaskan lagi pasaran produk kami di sini,” ujarnya.

Wardah UV Shield Light Matte Sunstick SPF 50 PA++++ dijual pada harga RM31.90. Sementara, Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++(RM12.20), Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++ (RM17.90) dan Wardah UV Shield Active Protection Serum SPF 50 PA++++ (RM23.90).

Iklan

Pembelian boleh dibuat menerusi Wardah Official Store menerusi platform Tiktok, Shopee, Lazada, Watson dan Guardian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.