KEPADA pembaca SinarPlus yang bercita-cita untuk bersantai di kawasan serba indah dengan ‘bertemankan’ karavan seperti pelancong di Eropah dan Amerika Syarikah, impian anda boleh direalisasikan di negara ini sahaja.

Tidak perlu keluarkan bajet besar, Natasya Riverside Resort yang terletak di Kampung Jahang, Gopeng, Perak menawarkan segala-galanya.

Menurut Eksekutif Pemasaran dan Jualannya, Nur Aqilah Azra Azhari, sejak tapak karavannya beroperasi pada tahun 2020, sambutan yang diterima daripada pelancong lokal amat memberangsangkan.

Secara keseluruhan, ujar Nur Aqilah, pihaknya menawarkan empat jentera daripada pelbagai jenama dengan fasiliti lengkap dengan sewaan yang berpatutan.

karavan

Sebelum bercerita lanjut, cerita beliau, idea mewujudkan Natasya Riverside Resort datang daripada pengasasnyaa, Datin Munirah Kassim dan suami, Datuk Suhaimy Othman.

“Mereka berdua mahu menampilkan satu konsep percutian yang berbeza di Malaysia dan kebetulan pada ketika itu, masih belum ada lagi percutian ala karavan di negara ini.

 

“Bagi meneruskan niat itu, mereka telah membeli 14 unit karavan dari Amerika Syarikat dan dibawa terus ke Gopeng.

“Kemudian, ia diubah suai menjadi empat karavan dengan tambahan pendingin hawa, beberapa aksesori bersesuaian termasuk saluran perpaipan lebih sempurna demi keselesaan pengunjung,” katanya yang mengakui kos penyelenggaran jentera agak tinggi disebabkan barang ganti perlu diimport dari luar negara.

karavan

Jika orang luar mengandaikan liburan dengan karavan atau motorhome agak melecehkan, sangkaan itu kurang tepat.

Beritahu Nur Aqilah, selain memberi privasi kepada para pelanggannya, kemudahan-kemudahan yang sentiasa dicari seperti tandas dan dapur turut disediakan.

Baca juga Karavan, camper van jadi semakin mendapat tempat di Malaysia. Jom tinjau 5 ‘rumah bergerak’ tercanggih

“Sebab itu, mereka yang datang bersama anak-anak teruja apabila dapat barbeku di hadapan karavan tanpa gangguan.

karavan

“Saya beri jaminan bahawa resort ini adalah penginapan paling bersih dan selesa ditambah dengan pelbagai aktiviti menarik yang pasti membuatkan percutian orang ramai tidak membosankan,” katanya.

Di samping karavan, Natasya Riverside Resort turut menawarkan pilihan bilik lain iaitu jenis kontena kabin, chalet kayu dan dorm kabin.

karavan

Seperkara yang menarik perhatian SinarPlus, sungai jernih yang hanya terletak pada jarak 200 meter sahaja dari kawasan penginapan mampu merancakkan lagi percutian anda.

“Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh mencuba menaiki rakit selama dua jam untuk perjalanan sejauh 4 kilometer (km).

Baca juga Motorhome pilihan Black untuk bersantai

“Kepada pencinta sukan lasak, terdapat aktiviti tiub sungai (river tubing) sejauh 3km, berakit sambil meredah jeram pada jarak 6km. Kalau mahu lebih mencabar, mereka boleh memilih mendaki tebing air terjun setinggi 12 meter.

karavan

“Hari seterusnya, barangkali orang ramai boleh menerokai Gua Tempurung dan Gua Kandu atau menghayati pemandangan matahari terbenam di Bukit Batu Putih,” ujar Nur Aqilah menutup perbualan.

#rekreasipilihan

Di Malaysia, percutian ala karavan tidaklah terlalu berkembang. Namun, pemilikan jentera itu semakin bertambah oleh orang persendirian dari semasa ke semasa.

Iklan

karavan

Konsep karavan atau motorhome itu sebenarnya amat menghiburkan. Ia juga secara tidak langsung membuatkan kita lebih dekat dengan alam semula jadi.

Ramai berpendapat, liburan dengan cara tersebut akan lebih mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga atau rakan taulan lantaran segala aktiviti dapat dilakukan bersama.

Selain di Gopeng, Perak, terdapat tiga lagi destinasi yang memperkenalkan tema lebih kurang sama. Berikut perinciannya:

karavan

karavan

Stellar Golden Hill

Alamat: Lot 13, Jalan Golden Hills 9, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: Bermula RM788
Facebook: Stellar GoldenHill Cameron
Instagram: @stellargoldenhill

Iklan

karavan

Rimba Valley Motor Campsite

Alamat: PT 22066, Jalan Ulu Benus Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: Bermula RM150 hingga RM350
Facebook: Rimba Valley Motor Campsite

karavan

Durian EcoLodge

Alamat: Lot 363 Batu 8, Jalan Tampin-Gemas, Kampung Pondoi, Tampin, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: RM360
Facebook: Durian_EcoLodge
Instagram: @durianecolodgee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang