Puding buah-buahan yang untuk disediakan dan sesuai untuk minum petang ketika bersantai bersama seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 mililiter (ml) air
  • 6 gram (g) agar-agar
  • 250 ml susu sejat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 14 paket kecil pemanis Pal Sweet
  • 50g buah-buahan campuran di dalam tin (dipotong kecil)
  • 50g buah laici (dipotong kecil)
  • 50g nanas (dipotong kecil)
  • 50g Nata de Coco (dipotong kecil)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Didihkan air dan agar-agar.
  2. Apabila agar-agar telah larut masukkan susu sejat dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Tutup api lalu masukkan Pemanis Pal-Sweet.
  4. Kacau rata dan tapis campuran agar-agar tersebut.
  5. Selepas itu, letak buah-buahan dan nata de coco di dalam acuan serta tuangkan campuran agar-agar.
  6. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk selama tiga jam.
  7. Keluarkan puding dari acuan dan sedia untuk dihidang.

* Potongan buah-buahan segar adalah mengikut kegemaran anda.

Iklan

* Cadangan hidangan antara empat hingga enam orang

Iklan

Sumber: www.ajinomoto.com.my