ROTI naan antara menu petang yang senang didapati di mana-mana.

Pilih saja kedai mamak, pasti ada makanan gebu-gebas berkenaan siap dengan pelbagai pilihan kuah menarik.

Lazimnya, ia dimakan dengan kuah dhal, kari dan satu lagi, mint chutney. Bagi min, kalau dicecah dengan kari kambing lagi ummph rasanya.

Bukan sahaja double ekstra keju, juadah yang terkenal dengan nama roti tempayan itu turut meriah digandingkan dengan ayam tandoori bakar. Memang superb!

Makanan asli India itu antara kulinari kegemaran ramai khususnya si kecil yang ‘hantu keju.’

Kalau makan panas-panas, memang seronok lihat cheese tarik panjang. Macam piza rupanya, cuma tiada topping tambahan jer.

roti nan cheese

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, roti naan tersebut menjadi pilihan laku keras dan daya penarik pengunjung untuk terus datang ke kedai.

Tak hanya dibuka jualan pada sebelah malam, terdapat premis tertentu menyediakan hidangan viral berkenaan lebih awal iaitu bermula jam 11 pagi.

 

So, lepas ini tiadalah orang yang kempunan nak makan, nak kena tunggu malam baru nak mencari ya.

Berikut destinasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh kalian cuba selepas ini:

roti nan cheese

1. Kassim Baba Roti Tempayan Cheese
Alamat: 22, Jalan Elektron F U16/F, Denai Alam, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam dan 8 malam hingga 11 malam
Facebook: Restoran Kassim Baba Roti Tempayan HQ Kuantan
Instagram: @kassimbabadenaialam

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

Baca juga Agong berkenan santap di kedai roti tempayan, undang reaksi positif rakyat

2. RSMY Best Cheese Naan
Alamat: D-72-A Plaza Usahawan Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 2 petang hingga 12 malam
Facebook: RSMY Best Cheese Naan Danau Kota
Instagram: @officialrsmy

 

roti nan cheese

3. Murni Discovery
Alamat: Cawangan Kuala Lumpur dan Selangor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 2 pagi
Facebook: Murni Discovery
Instagram: @murnidiscovery

Iklan

roti nan cheese

 

4. Ehsan’s
Alamat: Cawangan Bukit Jelutong, Puncak Alam dan Vista Alam (Selangor)
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 11 malam
Facebook: Ehsan’s
Instagram: @ehsans.my

Baca juga Bebola kentang dengan ‘cheese tarik’ memang bikin terliur. 1 adunan boleh hasilkan 35 biji bebola, memang terbaik!

roti nan cheese

5. Restoran Mahbub
Alamat: NO 17, Lorong Ara Kiri Satu, Luckey Garden, Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 malam
Facebook: Restoran Mahbub, Bangsar
Instagram: @restoranmahbubbangsar

Iklan

Mungkin ada banyak lagi tempat makan sedap yang ramai tak tahu, kalian boleh kongsikan di ruang komen kami.

roti nan cheese

Okey! Selamat menjamu selera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang