GELAGAT anak perempuan Ardell Aryana baru-baru ini mengundang tumpuan warga maya.

Manakan tidaknya, si kecil yang bernama Arwa Malaikha Urwa itu bukan sahaja comel, bahkan cerdik budaknya.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik ke akaun instagram rasmi Urwa, kelihatan dirinya dihantar ke sekolah oleh ibunya.

Baca ni ‘Terima kasih isteri atas anugerah ini.’ Nadzmi Adhwa sambut sendiri anak kedua, keluarkan uri ketika Ardell Aryana bersalin

Keterujaan si comel itu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah dan bertemu dengan kawan-kawan jelas terpancar di wajahnya.

“Urwa’s First Day School 🥰super excited.

“Aunty Uncle Abang Kakak doakan Cuwa ya,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut.

ardell

Mengenakan jubah labuh rona merah jambu lengkap dengan tudung, kehadiran Urwa meraih perhatian ramai.

Sementelah beliau tampak begitu seronok dan tidak menangis walaupun pertama kali ke sekolah.

Bahkan, sikapnya yang mudah mesra dan sopan itu membuatkan ramai jatuh suka.

Sambil melemparkan senyuman manis, Urwa bersalaman dengan guru yang bertugas sebelum memasuki kelasnya.

ardell 1

Baca juga ‘Doakan isteri saya…’ – Nadzmi sebak, Ardell sertai Misi Bantuan Kecemasan Sabah

Baca lagi Alhamdulillah, Ardell berjaya kumpul dana buat rumah asnaf

Baca lagi Tahniah! Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua

Untuk rekod, Urwa yang baru menginjak usia empat tahun merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap si cilik itu:

‘ YA ALLAH, tengok video ingatkan excited jumpa umi & abi dia, rupanya excited nak masuk class … wahhh good girl la u ..’

Iklan

‘Urwa comel..Semoga membesar jadi anak yang solehah .’

‘so proud of you Urwa.. May ALLAH bless you always.’

ardell 2

‘Masha- ALLAH comel solehahnya Urwa. Moga berjaya dunia akhirat.’

‘Comelnye Urwa…kejap je dah masuk sekolah.’

‘Bagusnya dia.. Tak nangis langsung walau first day.’

‘ALLAH, comelnya Urwa…Kening tu kemain macam kening model. Semoga membesar jadi anak solehah, membahagiakan & cemerlang dunia akhirat.’

Iklan

‘Masa salam tu alahai comelnya. Siap tunduk lagi.’

‘The way Urwa salam tu…Semoga menjadi anak yang solehah selalu.’

Sumber: Instagram malaikhaurwa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang