SELALU makan gulai biasa, apa kata kali ini cuba masak gulai ala dari negara jiran pula. Bahan-bahannya pun tak ‘lari’ jauh daripada kita.

Cuma ada sedikit kelainan hingga mampu mengubah rasa. Jika diperhatikan sekali lalu, bahan-bahannya hampir sama seperti penyediaan nak buat paprik ayam, cuma resipi ini tidak diletakkan santan.

Dalam perkongsian resipi ini yang sudah tular dengan lebih 7.5k sejak hantarannya kelmarin, ada juga yang memberi komen rasanya seperti masak merah, cuma tambah belacan. Macam mana tu?

Ha… unik kan? Jom lihat perkongsian resipi ni:

 

Resipi gulai ayam Siam

Bahan-bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Lengkuas
Cili merah besar
Cili padi
Cili kering (rebus + tos)
Belacan
Halia

Bahan-bahan lain:
1 ekor ayam
Sedikit minyak
Serai diketuk
Daun limau purut
Gula merah
Asam keping
Santan
Garam

#Semua bahan-bahan tu agak-agaklah ya

Artikel berkaitan: Ayam goreng cheese Korea, sedap dimakan ‘tarik-tarik’

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

Iklan

2. Kemudian masukkan asam keping.

3. Masukkan ayam dan santan.

4. Ketuk serai dan masukkan dalam periuk.

5. Masukkan daun limau purut dan gula merah.

Iklan

Reneh sampai masak.

Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Masakan