Masak kari ayam, sambal udang, asam pedas sepantas 30 minit saja guna bahan rahsia ini. Memang sedap tak terkata!

APA kata anda kejutkan ahli keluarga atau rakan taulan dengan air tangan anda sendiri dengan memasak kari ayam, sambal tumis, asam pedas atau rendang. Mesti mereka teruja!

Anda sendiri pun tak perlulah nak pening-pening memasak. Kami ada cara paling mudah untuk menyediakan.

Apa lagi, dapatkanlah pes Ayam Brand sama ada pes kari ayam, pes sambal tumis, pes asam pedas mahupun pes.

Pes-pes ini dijamin mempunyai rasa asli hidangan. Rahsianya? Hanya perlu mematuhi arahan pada pek dan sentiasa memantaunya di dapur.

Anda boleh menyediakan satu hidangan warisan yang enak untuk lima atau enam orang dengan hanya satu pek pes Ayam Brand 180 gram (g) yang ditambah dengan 500 hingga 600g protein pilihan.

Paling menarik, sajian itu boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira 30 minit! Anda juga tidak perlu risau kerana pes Ayam Brand juga bebas daripada bahan pengawet, MSG dan aditif, selain mempunyai pengiktirafan HALAL dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia.

Satu lagi, setiap pek hanya berharga RM5 sahaja! Murah, kan?

Okey, SinarPlus kongsikan kepada pembaca terutama yang beginner bagaimana nak masak kari ayam, asam pedas ikan, sambal tumis udang

KARI AYAM

1) Panaskan periuk pada api sederhana.
2) Tambahkan satu pek pes Kari Ayam dan 600g ayam.
3) Masak selama 2 hingga 3 minit.
4) Masukkan dua biji ubi kentang yang telah dibuang kulit dan dipotong dadu bersama 120 mililiter (ml) air.
5) Gaul sekata sebelum periuk ditutup dan biarkan mendidih.
6) Perlahankan api, buka periuk dan biarkan ia mendidih selama 30 minit lagi.
7) Pastikan anda mengacau kuah sekali-sekala atau sehingga ayam dan ubi empuk serta masak.
8) Tuangkan santan Ayam Brand dan biarkan kuah kari mendidih sekali lagi.
9) Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi panas. Ia juga enak dimakan bersama roti ataupun mi goreng.

Tempoh penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 5-6 orang

BACA JUGA: Guna bahan mentah segar dari ladang sendiri untuk memasak, Farm Cafe di Batu Caves jadi buruan pencinta makanan

BACA JUGA: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

BACA JUGA: Masak kuih bakar lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven, dapur arang

ASAM PEDAS IKAN

Iklan

1) Panaskan satu sudu besar minyak sayuran, tambah pes Asam Pedas Ayam Brand dan tumis sehingga naik bau.
2) Tuangkan 300ml air, kacau sempurna dan masak hingga kuah mendidih.
3) Kemudian, masukkan 500g ikan, kacang bendi dan segenggam daun laksa ke dalam periuk.
4) Perlahankan api dan biarkan mendidih selama 2 minit sebelum api ditutup. Ia sedap dimakan bersama nasi panas.

Tempoh penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5-6 orang

SAMBAL TUMIS UDANG 

1) Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali pada api sederhana.
2) Masukkan hirisan bawang dan tumis selama 2 minit.
3) Tambah satu pek pes Sambal Tumis Ayam Brand, gaul sekata dan biarkan sehingga ia pecah minyak.
4) Tambah 500g udang dan gaul sehingga masak. Hidangkan bersama nasi panas.

Tempoh penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Saiz hidangan: 5-6 orang

Iklan

Semua produk yang dinyatakan boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store.

Produk Ayam Brand juga boleh didapati di laman Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang