Masak lemak cili api versi telur dadar rupanya umph! Buat tebal lagi sedap

MASAK lemak cili api memang ramai peminatnya. Rasanya yang kuah berlemak kepedasan sangat membuka selera.

Bila sasa nak makan masak lemak cili api tapi ayam atau ikan pula tak ada.

Usah kecewa, kita boleh saja teruskan niat masak lauk itu dengan mengguna telur dadar.

Bagi yang tak pernah tahu, memang ada resipi telur dadar masak lemak cili api ya.

Cara membuatnya dikongsi oleh Alynn Johanariffin. Ujarnya, telur dadar itu perlu digoreng sedikit tebal untuk mendapatkan rasa yang lagi sedap.

Bahan-bahan;

  • 5 biji telur dadar
  • 2 batang serai
  • 1 kotak santan
  • Asam keping

Cuba juga Sardin tin masak lemak cili padi lebih sedap daripada guna ikan segar

Sardin tin masak lemak cili padi lebih sedap daripada guna ikan segar

Bahan kisar;

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api merah/hijau
  • Kunyit hidup (sukatan agak-agak)

Cara membuatnya;

1. Bancuh telur dan goreng untuk jadikan telur dadar. Buat tebal lebih sedap.

2. Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar kasar bersama serai sampai agak keperangan. Kemudian, masukkan satu kotak santan bersama dua kotak air biasa.

3. Seterusnya, masukkan asam keping. Masukkan juga bahan perasa seperti gula dan garam secukup rasa.

Iklan

Cuba juga Makan bertambah dengan Ketam Bunga Masak Lemak Nenas Cili Api resipi turun-temurun keluarga cef ini

5. Akhir sekali, masukkan telur dadar yang digoreng sekejap sahaja. Pastikan telur dadar tidak hancur. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Tip: Boleh masukkan sayur seperti pucuk ubi, kacang panjang, kacang buncis, ubi kentang atau belimbing buluh.

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Alynn Johanariffin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!