NAMPAK seperti tidak percaya bukan? Makan kulit rambai? Ha… korang patut cuba dulu baru tahu.

Jika korang pernah mencuba sayur kulit tembikai, korang juga pasti boleh terima masak lemak kulit rambai ini.

Nampak sedikit pelik tapi itulah kenyataannya. Masakan ini adalah resipi turun temurun nenek moyang masyarakat Terengganu.

Rasanya yang dijamin sangat enak! Sedikit masin dan lemak santan bercampur masam serta manis isi ikan.

Boleh makan bersama nasi putih. Ditambah pula menu sampingan ikan masin atau ikan goreng dan sedikit sambal belacan.

Bahan-bahan;

  • 1/2 kilo kulit buah rambai- kopek keluarkan isinya, rebus dan ditos
  • 2 cawan santan pekat 2 cawan
  • 3 cawan air
  • 4 ekor ikan sardin – direbus dan diambil isinya
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • Kacang panjang – dihiris
  • Petai – dihiris

Cara-cara membuatnya;

1. Masukkan santan, ikan rebus, garam, gula, bawang merah dalam periuk dan panaskan atas api.

Iklan

2. Sentiasa kacau sehingga santan separuh masak. Kemudian masukkan kulit rambai, cili merah, kacang panjang dan petai.

3. Biarkan mendidih seketika dan siap.

Iklan

Cuba juga Ketupat sotong menyelerakan, buat sendiri puas hati

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.