PELAKON terkenal, Maya Karin mengejutkan ramai pihak apabila tiba-tiba mengalami serangan panik atau panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) baru-baru ini.

Kejadian yang disiarkan secara langsung itu menyaksikan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu hampir pitam dan menggigil ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada ketika itu.

Maya bagaimanapun sempat meminta maaf sambil memegang bahu Faizal Hussein yang menjadi pasangannya pada malam tersebut bagi mengelakkan dirinya terjatuh.

Pada masa sama, beliau dilihat membuka kasut tumit tinggi yang dipakai dan secara spontan membacakan skrip pada kad pencalonan anugerah tersebut.

Menerusi laman Instagramnya, Maya berterima kasih kepada Faizal yang menjadi penyelamat dan turut membantu membawakan kasutnya.

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

“Saya terharu dengan pertolongan Faizal yang sudah mula perasan perubahan saya di atas pentas. Beliau turut membantu ketika saya melepaskan kasut. Faizal seorang yang sangat gentleman,” ungkap Maya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

 Menurut empunya diri lagi, beliau menghidap serangan panik sejak empat tahun lalu.

Namun, sehingga kini, selebriti jelita itu belum mengambil sebarang ubat mahupun mendapatkan rawatan.

Pun begitu, beliau bercadang untuk bertemu doktor pakar dalam waktu terdekat.

TEKNIK GROUNDING

Sementara itu, portal Public Health Malaysia berkongsi tentang situasi yang dialami Maya.

Menurut portal tersebut, Maya berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas.

“Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di lihat mula alami serangan panik sebaik sahaja berada di pentas. Mujur ada ‘Roy’ yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

“Kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing),” jelas portal itu lagi.

Iklan

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Teknik Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

Dalam proses tersebut, seseorang perlu mengenal pasti objek di sekeliling bagi membantu otak mengenali di mana mereka berada.

“Teknik tersebut itu juga akan mewujudkan rasa selesa memandangkan anda tahu di mana anda berada dan berasa lebih mengawal keadaan tersebut.

“Hanya yang mengalami masalah ini benar- benar faham situasi tersebut. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam,” jelas portal itu sambil memuji Maya yang berjaya melaksanakan tugasan beliau di pentas besar dengan baik.

Iklan

SinarPlus turut bersimpati melihat keadaan Maya. Walaupun nampak tidak selesa, namun beliau berjaya menangani keadaan dengan baik.

Lebih-lebih lagi dengan adanya bantuan si hero, Faizal Hussein. Terbaik Faizal!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Instagram maya_karin

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi