Melaram dengan deretan busana indah daripada Poplook. Ibu dan anak boleh sedondon

A
A
A

Melaram dengan deretan busana indah daripada Poplook. Ibu dan anak boleh sedondon

SYAWAL hanya tinggal kira-kira dua minggu lagi. Selepas penat 'bertarung' di dapur menyediakan juadah, tentu sekali para wanita ingin tampil mempesona tidak kira pada pagi lebaran, mahupun sepanjang musim perayaan.

Pada kesempatan ini, SinarPlus memilih beberapa jenama daripada busana, sepatu, tudung dan beg untuk disuai padankan. Ingat, jangan keterlaluan ketika bergaya! Bersederhana lebih baik.

MEMANG sukar untuk mengelak daripada membelek katalog Poplook.

Pada lebaran kali ini, jenama itu menampilkan lima koleksi iaitu Bintang, Manis, Kara, Viscose dan Madura.

Bagi Bintang, ia memancarkan cita rasa glamor kerana busananya lebih kepada manik tangan dan kristal berkilauan di atas fabrik yang selesa.

Himpunan itu hadir dengan palet warna berani seperti hijau tua, ungu dan fuchsia.

Kaum Hawa yang menggemari potongan klasik dengan sedikit sentuhan moden, dapatkan Manis.

Mengaplikasi butiran appliques 3D, renda lubang dan sulaman yang teliti, perincian busana itu memang berbaloi untuk dimiliki.

Sementara itu, bagi koleksi Kara, ia diilhamkan daripada jubin Turki antik yang menampilkan variasi cetakan.

Jika mahu sedondon dengan si kecil berusia dari setahun hingga 12 tahun, memang sesuailah memilih himpunan tersebut.

Set kurung print Viscose pula hadir dengan 16 corak bunga-bungaan berbeza yang menarik.

Terakhir ialah Madura yang dihasilkan daripada batik buatan tangan yang diperoleh dari Indonesia.

BACA JUGA: PENING nak fikir beli baju raya stail, material yang mana satu? Poplook boleh bantu

BACA JUGA: Tahun Baharu, gaya pun baharu. Rona ungu dan stail renda bakal dominasi trend fesyen global, lokal

Reka bentuk Madura menampilkan cetakan yang mencerminkan gabungan batik bunga dan motif geometri. Selain merah jambu, seleksi warna lavender memang memukau pandangan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca