APA yang nak SinarPlus syorkan kali ini memang sedap tak terkata. Memang tak tipu.

Anda semua kena cuba menikmati produk terbaharu KitKat, KitKat Bar Dark dengan Perisa Oren Australia Selatan.

Tidak seperti coklat lain, rasanya tidak terlalu pahit dan sedang-sedang saja. Pendek kata setaraf dengan jenama coklat yang harganya kadangkala krik krik krik kita dibuatnya.

Sedikit mengenai cerita KitKat Bar Dark dengan Perisa Oren itu, ia diperbuat di Australia dengan bahan-bahan premium dari wilayah tempatan yang terkenal dengan hasil tanamannya, buah ‘blood orange’ yang ditanam di Riverland dan Sunraysia Australia Selatan.

Ia diadun sempurna untuk mencipta coklat gelap oren yang lazat.

Produk terkini daripada jenama tersohor itu telah menggabungkan perisa tempatan Australia yang unik dengan kekayaan rasa coklat gelap, menghasilkan gandingan perisa yang cukup istimewa.

Lebih menggoda selera, corak ‘pusaran’ adunan itu juga boleh dilihat pada bar coklat itu sendiri!

Rasai tahap kepuasan yang baharu pada waktu rehat anda dengan setiap 11 jejari bar coklat.

Varian baharu itu juga mempunyai keseimbangan kemanisan dan kepahitan yang sempurna, bersama wafer rangup terkenal KitKat yang disalut dengan ‘pusaran’ istimewa kekayaan coklat gelap dan oren.

Dibalut dalam pembungkusan premium matte yang boleh ditutup semula, KitKat Bar Dark dengan Perisa Oren Australia Selatan boleh dikongsi bersama rakan-rakan tersayang atau dinikmati sendiri ketika me time yang pastinya membuatkan anda tersenyum simpul.

BACA JUGA: Mengiurkan, kek keju KitKat tanpa bakar yang sememangnya lazat. Senang nak buat, dapur pun tak berkecah!

BACA JUGA: Kenapa Lotus Biscoff menjadi kegilaan ramai? Ketahui 10 fakta menarik mengenainya

BACA LAGI: Macam-macam resipi boleh dibuat dengan coklat Cadbury. Paling best ada Kuih Baulu Cadbury, memang kena cuba!

Iklan

Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Konfeksi, Nestle Malaysia dan Singapura berkata, Frederic Porchet berkata, KitKat Bar Dark baharu varian Oren Australia Selatan merupakan ciptaan yang pertama di Malaysia, menawarkan wajah baharu dengan corak marmar yang inovatif dengan adunan unik coklat gelap serta coklat oren.

“Produk makanan ini pasti mengujakan penggemar coklat dengan keenakan yang boleh dinikmati di mana jua sama ada di rumah, mahupun ketika beriadah bersama rakan-rakan. Kami pasti pengguna kami akan menikmati varian KitKat Bar baharu, yang rasanya lazat, secantik rupanya!” katanya.

KitKat Bar Dark baharu dengan Perisa Oren Australia Selatan boleh didapati di kedai runcit terkemuka di seluruh Malaysia serta beberapa laman e-dagang terpilih.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KitKatMalaysia dan www.instagram.com/KitKatMalaysia

Berehat bersama KitKat dan jadikan setiap detik coklat lebih mengujakan dengan KitKat Bar serba baharu! Beli KitKat di sini semua 🙂

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi