KEBIASAANNYA kita makan cream puff dengan inti krim vanila.

Rasa lemak dan creamy krim tu memang tak cukup kalau makan satu.

Namun, pada entri kali ini, SinarPlus ingin kongsikan menu sama, tapi intinya berbeza.

Seorang pengguna Facebook yang kreatif, Hafidz Ahmad menjadikan cendol sebagai pengganti.

Memang lain daripada lain. Selalunya cendol kita makan begitu saja, tapi kali ini dijadikan inti cream puff pula.

Selain daripada rasanya yang lazat, lemak dan berkrim, warnanya juga sangat menarik serta cantik untuk dihias.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resipi Cream Puff Cendol

Bahan-bahan cream puff
100 gram mentega
150 gram air
140 gram tepung
3 biji telur saiz B
Sedikit emulco pandan
Sedikit pewarna hijau

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Baca juga: Paling enak dan sedap, Creamy Cheesy Butter Prawn air tangan wanita ini bikin teringat-ingat

Baca juga: Lebih 2,200 share, ini resipi aiskrim Malaysia cream cheese untuk 60 batang, enak & gebu disukai ramai

Cara penyediaan:

1.Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.

2.Didihkan air bersama mentega, emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api. Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api. Terus kacau sampai sebati dan membentuk segumpal adunan.

3.Biarkan adunan sejuk selama 5 ke 10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.

4.Paipkan adunan menggunakan piping beg dengan acuan semperit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.
Nota: Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus atau garing nanti.

5.Sebelum dibakar, spray dahulu permukaan puff dengan air.

Iklan

6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 20 ke 25 minit sehingga bertukar warna perang keemasan.

Bahan-bahan inti kastad cendol
200 gram instant custard
250 gram UHT whipping cream
150 ml air
250 gram fresh cream
100 gram gula melaka ( dicairkan)
150 gram cendol

Cara penyediaan:
1.Putarkan instant custard, UHT whipping cream, air sejuk dan gula melaka. Ketepikan.

2. Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental. Seterusnya, masukkan cendol dan kaup balik sahaja.

Hafidz turut memberikan tip kepada sesiapa yang mahu mencuba resipi itu supaya menyediakan inti terlebih dahulu dan simpan di dalam peti supaya betul-betul kental dan senang nak paip.

Iklan

Baca juga: Resipi Chili Cream Seafood Pasta sedap tak terkata dan memang mengiurkan. Jom cuba

Memang berderet cara pembuatannya, tapi bila tengok balik memang senang nak buat.

Sesuai sangat jika dimasak bersama anak-anak untuk isi masa lapang hujung minggu nanti.

Budak-budak pasti teruja dengan pastri buatan sendiri. Lagi bermakna, kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.