Mi Champa pedas berasap tapi sedap. Cara buat mudah je, wanita ini kongsikan resipinya. Memang padu!

MENJELANG Syawal yang berbaki beberapa hari lagi, pastinya ibu-ibu tengah memikirkan apa juadah yang nak dijamu buat tetamu yang berkunjung ke rumah, kan?

Apatah lagi jika berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain. Dalam kemeriahan tersebut, pastinya juadah jangan dilupakan.

Apa kata cuba hidangkan menu istimewa Mi Champa yang kuahnya memang padu. Resipi yang dikongsikan Tahrunnisah Jali menerusi Facebooknya pernah viral suatu ketika dahulu.

mi champa

Resipi Mi Champa

Bahan untuk kuah

1 1/2 – 2kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth

3 liter air

4 biji bawang holand* potong 4

3 biji bawang besar * potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis

Sotong kering sebesar tapak tangan* (kalau tak ada, tak kick la kuah sop ni..tapi kalau takde boleh la abaikan)
Daun ketumbar seikat

Daun bawang

2 batang kulit kayu manis*

4 biji bunga lawang*

1/2 cawan sos ikan

Gula

Garam
Perasa jika suka

Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam

3 kiub stok perisa daging

mi champa 1

Cara membuat:

– Rebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita. Caranya, didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran
– Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini, rebus sehingga daging empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.

-Sementara daging kita empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih.
Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi, masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan, sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
– ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mi itu. Jadi dapatlah kuah yang suci bersih je.

Bahan sambal lada
4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar cuka

Iklan

sedikit garam

Cara membuat:

-Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * di atas. Kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap.

Minyak bawang putih

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus

1 cawan minyak jagung

Cara membuat:
– Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

Iklan

 

 

Bahan mi Champa
Mi Champa, kuetiau, mihun
Daun ketumbar
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/lada hitam
Gula (tambahan jika suka manis)
Sos ikan jika perlu

mi champa 1

TIP

-Ketika makan, letak kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.
-Bahan tambahan ni lah yang menjadi penyedap mi sup anda. Sekali cuba mesti nak lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang