IBU sambal, salah satu rencah wajib ada di dapur  dan menjadi penyelamat para ibu yang sibuk dan kesuntukan masa.

Kalau nak mudah pastikan stok ibu sambal ada di dalam peti ais.

Resipi ibu sambal dikongsikan Hafsah Mardhiah ini sangat mudah disediakan. Biarpun ringkas, sukatan setiap bahan perlu tepat agar rasanya sedap.

Baca juga: Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu

“Ibu sambal ini selalu saya buat stok untuk satu hingga dua bulan.

“Mudah dan jimat sangat masa memasak untuk ibu-ibu yang sibuk dan malas berlama-lama kat dapur.

“Ada orang suka asingkan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Saya malas, jadi saya campur belaka sebab nisbah saya dah betul untuk masak,” katanya.

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

Selain masak sambal atau masak merah, ia juga boleh dijadikan rencah untuk masakan seperti berikut

– Sambal nasi lemak
– Mee, mihun dan kuetiau goreng
– Gulai ikan atau ayam
– Kari ikan dan kari ayam
– Rendang, lontong dan lain-lain.

Pendek kata, banyak masakan menggunakan pes yang sama iaitu ibu sambal.

Berikut adalah resipi ibu sambal yang digunakan Hafsah yang menghasilkan tiga bekas besar.

Menurutnya, anggaran nisbah bawang putih dan bawang merah adalah 1:3.

IBU SAMBAL

Bahan-bahan

1.5 kg bawang merah      [Beli di sini]
500 gram bawang putih      [Beli di sini]
200 gram cili kering besar (anak tak makan pedas)       [Beli di sini]
Minyak masak secukupnya       [Beli di sini]

Cara penyediaan

1-Kisar semua bahan dan tumis dengan minyak yang sudah dipanaskan.

2-Cili kering tak perlu direbus.

Iklan

3-Selepas masak, pastikan ibu sambal sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan.

Baca juga: Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal

Tambah Hafsah, kepada yang suka campur halia boleh mencampurkannya mengikut kuantiti yang diingini.

“Saya tak suka letak halia sebab bukan semua masakan guna halia. So ikutlah selera masing-masing.

“Nanti bila nak masak, baru saya tambah bahan lain ikut masakan. Tambah halia, lengkuas, serbuk kunyit, serbuk kari, garam, gula, sos atau kicap dan lain-lain.

“Investment HANYA RM12 untuk bawang merah, bawang putih, cili kering DAN masa untuk KISAR SERTA TUMIS,” katanya.

Semoga resipi ibu sambal ini boleh menjimatkan masa ibu-ibu semua, selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu

 

Sumber: Hafsah Mardhiah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!