Motor kapcai terus menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ini jenama yang berjaya tambat perhatian ramai

A
A
A

CIRI penunggangan lebih selamat antara kriteria paling penting dalam pembuatan sesebuah motosikal.

Meskipun hanya melibatkan model jenis underbone atau moped, atau lebih mudah dikenali dengan nama kapcai, setiap jenama tetap memastikan elemen itu dititik beratkan.

Melihat motosikal kapcai terus-menerus mendapat sambutan hebat, ramai pengeluar mengambil pendekatan menambah baik terutama pada sistem brek dan teknologi enjin empat lejang.

Tidak hanya menitik beratkan aspek penjimatan minyak berganda, pengendalian yang lebih mudah turut diambil kira. Ia bagi memudahkan jentera dua roda itu lebih praktikal untuk ditunggang.

Baru-baru ini, laman web, motomalaysia.com menyenaraikan pilihan motosikal kapcai yang berharga bawah RM4,000 paling laris di negara ini. Berikut butirannya:

motor kapcai

Modenas Kriss 110

Harga:RM3,377

Keluaran: Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd

Negara: Malaysia

  • Dikenali dengan motosikal mesra bajet yang memiliki desain sporty dan grafik menarik.

motor kapcai

  • Hadir dengan enjin EEV lebih efisien (empat lejang), SOHC dan 108cc yang mampu menghasilkan 6.57 kuasa kuda pada 8,000 RPM, selain tork maksimum 6.7Nm.
  • Direka khas dengan lampu isyarat (signal) LED, kapasiti storan 6.6 liter termasuk sistem brek drum di kedua-dua roda untuk jaminan keselamatan.

Baca juga 5 pilihan motosikal bajet bawah RM5,000, tawaran istimewa AutoMall di Shopee memang berbaloi

motor kapcai

Demak ECO 110

Harga: RM3,700

Keluaran: DNC Asiatic Holding

Negara: Malaysia

motor kapcai

  • Antara jenama tempatan paling popular sebelum operasi pengeluaran dihentikan sepenuhnya pada Mei 2018.
  • Pun demikian, stok model yang tersedia dengan warna merah, kuning, hijau dan biru tersebut masih dijual melalui pengedar di seluruh negara.

Baca juga Motosikal berkuasa tinggi elektrik miliki daya tarikan tersendiri. Semak 5 pilihan jenama paling unggul

motor kapcai

  • Reka bentuk Demak ECO 110 memang nampak unik. Meter analognya seperti biasa akan memaparkan penunjuk kelajuan, jarak perjalanan dan takuk bahan api.
  • Kapasiti enjin empat lejang itu mampu menghasilkan daya maksimum 7.8 kuasa kuda pada 7,500 RPM dan tork maksimum 7.8Nm.

motor kapcai

SM Sport 110R

Harga: RM3,918

Keluaran: MForce Bike Holding

Negara: Malaysia

  • Sama seperti jentera dua roda yang lain, SM Sport dengan kapasiti 109cc antara pilihan terbaik dengan keupayaan enjin empat lejang, SOHC dan empat transmisi kelajuan.

motor kapcai

  • Motosikal keluaran tempatan itu mampu menghasilkan 6.4 kuasa kuda pada 7,500 RPM dan tork maksimum 7.0Nm.
  • Pilihan tiga warna dinamik iaitu hitam, merah dan biru dilengkapi dengan kapasiti 4 liter minyak, sistem penghidup enjin elektrik serta brek cakera di roda hadapan.

Baca juga Reka bentuk grafik lebih segar, MODENAS Pulsar NS200 buat ramai teruja untuk beralih ke segmen motosikal lebih besar

motor kapcai

WMoto VE1 110

Harga: RM3,998

Keluaran: MForce Bike Holding

Negara: Malaysia

  • Motosikal jenis kapcai yang dilengkapi satu silider, empat lejang dan SOHC itu mampu menerjah pada tahap kelajuan 109.2cc dengan empat transimi kelajuan.

motor kapcai

  • Enjin tersebut berupaya menghasilkan 8.23 kuasa kuda pada 7,500RPM dan tork maksimum 8.42Nm pada 5,500 RPM.
  • Jentera dua roda dengan kapasiti tangki minyak 4 liter itu tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca