Penjagaan kulit tak semestinya rumit, ini pendekatan WMSKINCARE untuk gaya hidup moden

No Image Caption
A
A
A

DALAM kesibukan mengejar rutin harian, ramai yang mahukan penjagaan kulit yang mudah tetapi tetap memberi hasil memuaskan.

Trend itu mendorong kemunculan pelbagai jenama tempatan yang tampil dengan pendekatan lebih praktikal. Antaranya WMSKINCARE yang mengetengahkan konsep penjagaan kulit mudah tanpa mengorbankan aspek kualiti dan keselamatan produk.

Menurut Pegawai Pemasaran WMSKINCARE, Jen, keutamaan jenama itu sejak awal adalah menghasilkan produk yang mampu membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat, terhidrat dan berseri tanpa memerlukan rutin penjagaan yang terlalu rumit.

"Ramai orang mahukan rutin penjagaan kulit yang ringkas kerana jadual harian mereka padat. Sebab itu kami memberi tumpuan kepada formulasi yang mudah digunakan tetapi tetap mengutamakan pengalaman pengguna," katanya.

No Image Caption

Beliau berkata, setiap produk dibangunkan dengan menggabungkan inovasi formulasi terkini bersama teknologi penjagaan kulit dari Korea dan bahan-bahan semula jadi bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelbagai jenis kulit.

Bagi mereka yang sering berdepan masalah kulit kusam atau kering akibat tekanan kerja, kurang rehat dan rutin harian yang sibuk, pendekatan penjagaan kulit yang lebih praktikal dilihat semakin mendapat perhatian. Produk yang mudah digunakan tanpa terlalu banyak langkah kini menjadi pilihan kerana lebih mudah disesuaikan dengan gaya hidup moden.

Menurut Jen, idea membangunkan WMSKINCARE juga lahir daripada pemerhatian terhadap keperluan tersebut, khususnya dalam kalangan wanita dan golongan bekerja yang mahukan produk berkualiti pada harga yang berpatutan.

"Penjagaan kulit tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang rumit atau mahal. Apa yang penting ialah pengguna mendapat produk yang berkualiti dan selesa digunakan setiap hari," ujarnya.

Selain memberi perhatian kepada formulasi, maklum balas pengguna turut memainkan peranan penting dalam pembangunan produk baharu. Setiap komen dan pengalaman penggunaan dijadikan rujukan bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan mengikut keperluan sebenar pengguna.

No Image Caption

Jen berkata, syarikat sentiasa terbuka menerima pandangan pelanggan kerana bagi mereka, kepercayaan pengguna perlu dibina melalui kualiti produk, bukannya sekadar promosi.

Malah, produk WMSKINCARE turut mendapat maklum balas daripada beberapa selebriti dan pempengaruh seperti Datin Paduka Umie Aida, Betty Rahmat, Fizo Omar bersama isterinya Nurin Lofa serta Sabyrose yang berkongsi pengalaman menggunakan rangkaian penjagaan kulit tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang