Mudah dibuat! Sambal daging merah lazat, pembuka selera
MENU sambal daging merah memang sesuai dan sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas.
Bukan sahaja itu, ia juga lazat dimakan bersama ketupat dan nasi impit. Malah sangat enak bila diletak di dalam juadah lontong.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Jika biasanya kita makan sambal ikan bilis, udang, ikan dan ayam, apa kata kali ini tukar pula dengan daging.
Cara nak masaknya pun mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, tapi rasa tetap sedap!
Melihat sahaja sambalnya yang pekat pasti membuka selera seisi keluarga.
Bahan-bahannya;
- 500gm daging direbus
- 1 biji bawang besar hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
- 4 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan air asam jawa
Cuba juga Sotong masak hitam pedas lazat, pasti digemari keluarga
Bahan kisar;
- 2 cm halia
- 1 batang serai
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
Cara membuatnya;
1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
3. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh. Siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Suhainur
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang