Mudahnya buat telur tomato, rasanya sedap pemikat hati anak-anak

A
A
A

JUADAH telur sentiasa menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, cara memasaknya juga sangat mudah dan paling pantas.

Biasanya kanak-kanak juga lebih suka memakan telur berbanding lauk lain seperti ayam, ikan atau daging.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun telur juga menjadi lauk sampingan untuk melengkapkan hidangan makan tengah hari mahupun malam.

Jika kebiasaan telur dimasak sambal, lemak, kari, kicap, acar atau sebagainya, apa kata kali ini cuba membuat telur tomato.

Khabarnya, resipi mudah ini memang sedap! Anak-anak yang tak makan buah tomato pun boleh suka menu ni.

Bahan-bahannya;

  • 4 biji telur
  • 2 biji tomato (pilih yang besar dan merah)
  • Gula (perlu ada untuk hilangkan rasa masam dan maung tomato)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak masak

Cuba juga Kubis goreng telur versi 'eat clean' buat si diet

Mudahnya buat telur tomato, rasanya sedap pemikat hati anak-anak

Cara membuatnya;

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.

2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Masukkan dalam kuali, bila telur setengah masak, gaulkan.

3. Apabila telur 3/4 masak, angkat, pastikan telur tidak terlalu masak.

Cuba juga Telur sarang rangup, ini cara buat yang betul

4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak serta tomato yang dihiris.

5. Masak tomato hingga layu dan keluar airnya. Air tomato akan menyedapkan lagi rasa telur.

6. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.

7. Masukkan telur tadi dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zanariah Khalit

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca