PERKEMBANGAN teknologi turut membantu pengusaha produk menghasilkan produk berkualiti dan suci, malah amalan dituntut agama Islam kini menjadi semakin mudah serta diakui sah.

Jika dahulu umat Islam yang ingin sertu tubuh daripada najis mughallazah terpaksa mencari air mutlak dan pasir bersih untuk mencuci, namun kini tidak lagi.

Safi telah menemui solusi paling mudah bagi tujuan sertu dengan memperkenalkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria yang memudahkan aplikasi sertu dalam situasi yang tidak dapat dielakkan melibatkan najis mughallazah.

Skrub dirumuskan dengan 100 peratus tanah liat sumber asli berkualiti tinggi ini mudah digunakan tanpa waswas.

Sebagai jenama penjagaan diri halal nombor satu di Malaysia, Safi setakat ini dilihat berjaya menampilkan solusi mudah dan pantas bagi umat Islam menjalankan proses menyucikan najis mughallazah.

Pengguna Islam juga tidak perlu risau apabila Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini juga telah mendapat pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah,proses dan kaedah sertu juga telah disemak dan disahkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Rata-rata pengguna menyambut baik penghasilan produk istimewa ini dengan menyifatkan ia membantu mereka yang tinggal di bandar raya sertu tubuh daripada najis mughallazah.

Adha Sahar, 25, berkata, produk berkenaan memudahkan lagi pengguna Islam untuk menyamak berbanding dilakukan secara tradisional yang memerlukan mereka mencari tanah.

ADHA
ADHA

“Sebelum mengenali produk ini, proses sertu agak rumit. Dengan produk ini ia memudahkan pengguna, basuh dahulu dengan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dan bilas dengan air, begitu mudah,” katanya.

Adha antara pengguna yang ditemui Sinar Harian pada program memperkenalkan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya dekat sini pada Jumaat.

BACA JUGA: Safi perkenal produk atasi bau badan, tubuh melekit. Inovasi penjagaan rambut ‘supa’ memang kena cuba

BACA JUGA: Wangi, bebas daripada 10 bahan kimia berbahaya, Krim Mandian Antibakteria Safi sesuai untuk suasana masa kini

Iklan

Seorang lagi pengguna, Subuh Derus, 74, berkata, mana-mana produk boleh digunakan tanpa waswas sekiranya disahkan halal oleh badan berwajib.

“Jika ada pengesahan halal baguslah dan kita boleh guna tanpa rasa waswas,” kata datuk kepada tiga cucu ini.

SUBUH
SUBUH

Sementara itu, Fairuz Kamarulzaman, 49, menyifatkan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria memudahkan pengguna menyertu ketika berada di kawasan perumahan.

FAIRUZ
FAIRUZ

“Saya tinggal di pangsapuri dan memang menghadapi masalah untuk mencari tanah di sekitar rumah dan boleh sertu tubuh tanpa perlu mencari tanah,” katanya.

Cara menggunakan SAFI Sertu:

Iklan
Produk Safi Sertu diagihkan kepada jemaah selepas selesai solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.
Produk Safi Sertu diagihkan kepada jemaah selepas selesai solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada ain najis tersebut.

2. Basuhan pertama adalah dengan campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan disebatikan.

3. Selepas itu, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi